Pertandingan 3 Minute Thesis (3MT) 2022 Peringkat Universiti Putra Malaysia: Meraikan Idea Siswazah | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Pertandingan 3 Minute Thesis (3MT) 2022 Peringkat Universiti Putra Malaysia: Meraikan Idea Siswazah

Pertandingan 3 Minute Thesis (3MT) 2022 Peringkat Universiti Putra Malaysia: Meraikan Idea Siswazah

SERDANG, 20 April 2022 – Idea yang tidak dikongsi adalah umpama suara yang tiada berbunyi. Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dengan kerjasama semua fakulti/sekolah/institut di Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan pertandingan 3 Minutes Thesis (3MT) bermula 6 Mac sehingga 20 April 2022. Hebahan bagi pendaftaran wakil setiap fakulti/sekolah/institut telah dikeluarkan pada awal bulan Mac bagi memberi ruang dan peluang pihak PTJ dalam mendapatkan pelajar Doktor Falsafah yang aktif dan berpotensi sebagai wakil mereka.

Sambutan yang begitu menggalakkan pada tahun ini dapat dilihat melalui jumlah penyertaan seramai 32 orang dari pelbagai PTJ. Peringkat saringan Universiti telah diadakan pada 11 April 2022 secara atas talian dan seramai 4 orang panel juri telah dilantik bagi peringkat tersebut. Seramai 12 orang peserta telah berjaya mara ke pusingan akhir yang dijalankan pada 20 April 2022. Siri penerangan bersama peserta dan juri telah dijalankan bagi melancarkan proses pelaksanaan pertandingan ini.

Pertandingan akhir yang disiarkan langsung di laman Facebook SPS itu, telah diadili oleh 3 orang juri jemputan pakar dari Universiti Putra Malaysia, Telekom Malaysia (TM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Seramai 3 orang pemenang hadiah utama dan seorang penerima anugerah khas (People’s Choice Award) telah dipilih pada akhir pertandingan tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang serta kesemua peserta yang telah berjaya mewakili PTJ masing-masing dengan idea penyelididkan mereka.

Terima kasih juga kepada kesemua pegawai bertanggungjawab dan pengurusan PTJ yang telah membantu sepanjang pelaksanaan program 3MT pada tahun ini.

  

Tarikh Input: 28/04/2022 | Kemaskini: 23/06/2022 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXDdOAh~