
SERDANG, 11 September 2025 - Program komuniti Lens of Knowledge 2.3: Colours with Community! telah berjaya dianjurkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama SMK Dato’ Abu Bakar Baginda, pada 10 dan 11 September 2025 bertempat di sekolah tersebut. Program ini turut melibatkan sokongan pelbagai entiti dalaman universiti termasuk Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Bahagian Kaunseling Universiti (BKU) serta penglibatan aktif pelajar pascasiswazah melalui Postgraduate Students’ Ambassadors (PGSA). Inisiatif ini menyasarkan komuniti sekolah menengah, khususnya pelajar Tingkatan 2, sebagai kumpulan penerima manfaat utama.


Sepanjang pelaksanaan program, pelbagai aktiviti berimpak tinggi telah dijalankan merangkumi ceramah Identifying Safe Touch, sesi Digital Literacy, pemeriksaan kesihatan pergigian asas serta aktiviti pembelajaran berasaskan pengalaman melalui pembangunan Laman Ilmu Tani dan demonstrasi pembuatan planter box serta kokedama. Aktiviti-aktiviti ini dirangka secara interaktif dan praktikal bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap aspek keselamatan diri, penggunaan teknologi secara beretika serta pendedahan awal kepada sains dan pertanian bandar dalam kehidupan seharian.


Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuh pemindahan ilmu daripada institusi pengajian tinggi kepada komuniti sekolah, di samping memupuk nilai keprihatinan sosial dan kerjasama strategik antara universiti dan masyarakat setempat. Program ini mencatatkan penyertaan seramai 435 orang, melibatkan 382 orang pelajar dan guru sekolah, staf universiti, pegawai kesihatan, serta pelajar pascasiswazah sebagai sukarelawan. Impak program ini bukan sahaja meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan pelajar, malah turut memperkukuh peranan UPM sebagai institusi yang komited terhadap tanggungjawab sosial dan pembangunan komuniti berasaskan ilmu.
Tarikh Input: 01/10/2025 | Kemaskini: 20/01/2026 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services