
SERDANG, 3 April 2026 – Sekolah Pengajian Siswazah (SGS) telah berjaya melabuhkan tirai Program Kitar Semula yang berlangsung dari 16 Mac hingga 3 April 2026. Program yang dianjurkan di bawah inisiatif Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti organisasi tempat kerja di samping memupuk tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan staf dan pelajar.


Fokus utama program ini adalah pengumpulan bahan kitar semula seperti kertas dan minyak masak terpakai, yang kemudiannya dihantar ke pusat kitar semula bertauliah untuk diproses semula. Antara pengisian utama inisiatif ini termasuklah:
Dengan menyerapkan amalan hijau ke dalam budaya organisasi, SGS memperkukuh sokongannya terhadap visi UPM untuk menjadi sebuah kampus yang berdaya tahan dan lestari.
Tarikh Input: 06/04/2026 | Kemaskini: 24/04/2026 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services