Sekolah Pengajian Siswazah Mengambil Bahagian Dalam Pameran Pendidikan Universiti Awam Malaysia Di Bangladesh | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Sekolah Pengajian Siswazah Mengambil bahagian dalam Pameran Pendidikan Universiti Awam Malaysia di Bangladesh

Sekolah Pengajian Siswazah Mengambil bahagian dalam Pameran Pendidikan Universiti Awam Malaysia di Bangladesh

UPM Sekolah Pengajian Siswazah dan lima buah universiti tempatan yang lain telah mengambil bahagian dalam Malaysian Public and Government Linkup University Education Expo. Pameran Pendidikan Universiti Awam Malaysia itu telah diadakan di Chittagong pada 12hingga 13 September dan juga Dhaka pada 14 sehinngga 15 September 2018.

Universiti-universiti awam Malaysia yang mengambil bahagian dalam pameran pendidikan itu adalah UPM, UTM, UIA, UTeM, MMU dan UniSel. Semua universiti tersebut menawarkan pelbagai kursus dan program kepada pelajar-pelajar di Bangladesh.

Pelajar yang telah berkunjung ke gerai pameran UPM berpeluang untuk mendapat konsultasi dan nasihat tentang program-program pascasiswazah dan bidang pengajian yang mereka minati. Mereka juga dibimbing tentang cara-cara untuk membuat permohonan menyambung pengajian di UPM.

Program promosi itu mencapai matlamatnya dari segi mempromosikan program-program akademik UPM ke persada antarabangsa.

Universiti Putra Malaysia yang diwakili oleh Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff, Timbalan Dekan (Kemasukan dan Antarabangsa) dari Sekolah Pengajian Siswazah dan Puan Norliya Yahya, Penolong Pendaftar (Unit Pengambilan Antarabangsa) dari Bahagian Pentadbiran Kemasukan & Akademik.

 

Tarikh Input: 27/09/2018 | Kemaskini: 18/10/2018 | azimin

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEZQAF~