Sekolah Pengajian Siswazah UPM dan 9 universiti awam yang lain turut serta dalam Higher Education, Training and Career Expo (EduTrac Oman 2017) yang telah diadakan di New Oman Convention and Exhibition Centre, Muscat pada 29-31 October 2017.
EduTraC merupakan pameran pendidikan yang menyediakan peluang kepada pelajar, graduan dan pencari kerja di wilayah Kesulatanan Oman untuk berjumpa dengan perekrut, pegawai kemasukan dan kaunselor kerjaya untuk merebut peluang melanjutkan pengajian dan juga untuk mendapatkan bimbingan kerjaya.
Para perwakilan Sekolah Pengajian Siswazah UPM terdiri daripada Prof. Dr. Nor Aini, Timbalan Dekan (Tesis, Sokongan Pembelajaran dan Penerbitan) dan Puan Rahmawati Umar, Penolong Pendaftar. Mereka hadir untuk memperkenalkan UPM kepada pelawat-pelawat dan juga menjawab soalan-soalan yang diajukan.
Bakal-bakal pelajar itu menunjukkan minat pada program industri PhD UPM dan juga kursus intensif metologi pendidikan dan Bahasa Melayu.
Selepas pameran itu tamat, para pewakilan Sekolah Pengajian Siswazah UPM telah melawat Sultan Qaboos University untuk berjumpa dengan wakil universiti tersebut bagi tujuan membincangkan mengenai peluang kerjasama dalam penyelidikan, program Dual/Joint Degree dan juga pertukaran pelajar.
Tarikh Input: 05/02/2018 | Kemaskini: 06/06/2018 | azimin
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203