Seminar Putra Sarjana : From Manuscript To Masterpiece - UPM At The Foreprint Of Publishing | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Seminar Putra Sarjana : From Manuscript to Masterpiece - UPM at the Foreprint of Publishing

Seminar Putra Sarjana : From Manuscript to Masterpiece - UPM at the Foreprint of Publishing

7 Januari 2025, SERDANG –Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) melalui program Sokongan Pembelajaran Putra Sarjana telah menganjurkan From Manuscript to Masterpiece - UPM at the Foreprint of Publishing yang disampaikan oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Haji Hameed Sultan, Pengarah Penerbit UPM secara bersemuka bertempat di Bilik Putra Sarjana, SPS. Seminar yang dijalankan selama dua (2) jam itu adalah sebahagian daripada siri Seminar Putra Sarjana SPS yang mengetengahkan pelbagai maklumat, tips serta kemahiran kepada pelajar pascasiswazah UPM. Sambutan pelajar yang memberangsangkan dan penyertaan dari pelajar tempatan dan luar negara telah mencerminkan kepentingan topik tersebut. 

    

Fokus seminar ini adalah untuk mengetengahkan perjalanan penulisan akademik dari peringkat awal manuskrip hingga menjadi karya terbitan yang berkualiti. Pelajar akan didedahkan kepada amalan terbaik dalam penerbitan ilmiah, penyediaan manuskrip, dan proses semakan rakan sebaya. Dengan menampilkan peranan proaktif UPM dalam dunia penerbitan akademik, seminar ini bertujuan untuk memperkasakan penyelidik dan pelajar siswazah dalam menghasilkan karya yang menepati piawaian penerbitan bertaraf antarabangsa.

Pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz, soal jawab dan latihan fizikal, telah dijalankan untuk memastikan sesi tersebut kekal interaktif dan bertenaga. Panel penceramah yang berpengalaman dalam bidang kesihatan mental telah meningkatkan lagi minat peserta untuk menimba pengetahuan melalui pengalaman beliau. Beliau juga seringkali dijemput sebagai pakar bidang ke pelbagai symposium, bengkel dan seminar anatarbangsa untuk berkongsi kepakaran beliau.

Sesi tersebut telah berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan sesi bergambar panel penceramah jemputan.

Tarikh Input: 09/01/2025 | Kemaskini: 16/04/2025 | sharifahaishah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (02:50:09pm-02:55:09pm, 21 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]