Seminar Putra Sarjana : Scopus/WoS Journals With AI As Your Assistant: Publish Before Proposal Defense | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Seminar Putra Sarjana : Scopus/WoS Journals with AI as your Assistant: Publish before Proposal Defense

Seminar Putra Sarjana : Scopus/WoS Journals with AI as your Assistant: Publish before Proposal Defense

14 Mei 2024, Serdang - Sekolah Pengajian Siswazah sekali lagi berbesar hati untuk berkolaborasi bersama Educational Consultant of Proofreading by a UK PhD, melalui webinar bertajuk ‘Scopus/WoS Journals with AI as your Assistant: Publish before Proposal Defense' khusus untuk pelajar pascasiswazah secara dalam talian melalui zoom.

Dr. Thavamaran Kanesan telah dijemput untuk kesekian kalinya sebagai penceramah jemputan. Webinar pada kali ini berfokuskan untuk menghasilkan Proposal/Tesis bertaraf Master/PhD dengan menggunakan kelebihan aplikasi pintar Artificial Intelligence (AI) yang kini telah digunakan secara meluas dalam kalangan pelajar tidak kira peringkat umur daripada pelajar sekolah rendah sehinggalah pelajar kolej dan universiti. Langkah ini dilihat sangat membantu meningkatkan kebolehan pelajar untuk mecapai GOT(Graduate on Time). Secara tidak langsung, seminar ini juga menfokuskan bagaimana menghasilkan jurnal berimpak tinggi bermula dari awal pengajian. Dr. Thava menekankan bahawa AI yang digunakan adalah sekadar untuk membantu mencambahkan idea pelajar dan tidak boleh mengharapkan seratus-peratus bantuan daripada AI. Jadikannya hanya sebagai alat pintar yang boleh membantu memudahkan penulisan tesis pelajar.

Seramai kira-kira 300 pelajar pascasiswazah telah menyertai seminar yang berdurasi dua jam tersebut. Sesi soal jawab diadakan bagi membenarkan peserta untuk bertanyakan soalan kepada penceramah bagi mendalami lebih lagi berkenaan topik yang dibentangkan.

Dr. Thava telah berkongsi ilmunya melalui slaid pembentangan yang ringkas dan minimalis namun tetap dapat menangkap minat dan perhatian daripada seluruh peserta yang hadir. Sesi soal jawab diadakan selepas sesi pembentangan memberi peluang kepada pelajar untuk merungkai persoalan yang dihadapinya. Seminar bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 12 tengahari.

 

Tarikh Input: 14/05/2024 | Kemaskini: 17/05/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (02:35:04pm-02:40:04pm, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]