Seminar Putra Sarjana : Seminar Literature Review Template ChatGPT-4o + Google Scholar: Exploring Magical Combo With Persona Prompt Engineering | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Seminar Putra Sarjana : Seminar Literature Review Template ChatGPT-4o + Google Scholar: Exploring Magical Combo with Persona Prompt Engineering

Seminar Putra Sarjana : Seminar Literature Review Template ChatGPT-4o + Google Scholar: Exploring Magical Combo with Persona Prompt Engineering

26 Februari, Serdang – Sekolah Pengajian Siswazah sekali lagi berbesar hati bekerjasama dengan Perunding Pendidikan Proofreading by a UK PhD melalui satu webinar bertajuk ‘Seminar Literature Review Template ChatGPT-4o + Google Scholar: Exploring Magical Combo with Persona Prompt Engineering’ yang diadakan khas untuk pelajar siswazah pada 1 Julai 2022 melalui platform Zoom.

  

Dr. Thavamaran Kanesan, Ketua Editor bagi Proofreading by a UK PhD telah dijemput sebagai penceramah jemputan. Seminar ini memberi tumpuan kepada penghasilan cadangan penyelidikan atau tesis peringkat Sarjana/PhD dengan mengikuti pendekatan unik 11 langkah berstruktur. Pendekatan ini membantu meningkatkan kecekapan keseluruhan dalam pembangunan penyelidikan bagi mengelakkan isu Graduating-After-Time (GAT). Pada masa yang sama, kaedah ini turut membantu pelajar mengenal pasti jurnal berimpak tinggi sejak awal pengajian mereka.

Seramai 300 orang pelajar siswazah telah mengambil bahagian dalam seminar selama dua (2) jam ini. Sesi Soal Jawab (Q&A) turut diadakan bagi memberi peluang kepada para peserta untuk bertanya soalan berkaitan topik yang dibincangkan bagi memperkukuh pemahaman mereka.

Sesi seminar berakhir sekitar 12.00 tengah hari, diikuti dengan sesi bergambar bersama penceramah jemputan sebagai tanda kenangan dan penutup aktiviti. Ramai peserta turut mengambil peluang untuk berinteraksi secara peribadi dengan Prof. Dr. Sharmili bagi mendapatkan nasihat lanjut yang lebih khusus berkaitan penyelidikan masing-masing. Perbincangan tidak formal ini memberi nilai tambah kepada seminar dan mengukuhkan objektif utama penganjuran, iaitu memberi inspirasi dan panduan yang jelas kepada pelajar dalam memulakan perjalanan penyelidikan mereka dengan lebih yakin dan terarah.

Tarikh Input: 26/02/2025 | Kemaskini: 16/04/2025 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
W, (01:46:04am-01:51:04am, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]