Seminar Putra Sarjana : The Role Of AR In Medicine : Advancing Education, Precision Surgery, And Patient Rehabilitation | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Seminar Putra Sarjana : The Role of AR in Medicine : Advancing Education, Precision Surgery, and Patient Rehabilitation

Seminar Putra Sarjana : The Role of AR in Medicine : Advancing Education, Precision Surgery, and Patient Rehabilitation

26 Februari | Serdang – Sekolah Pengajian Siswazah (SGS), Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui inisiatif Program Sokongan Pembelajaran Putra Sarjana, telah berjaya menganjurkan sebuah seminar ilmiah bertajuk “The Role of AR in Medicine: Advancing Education, Precision Surgery, and Patient Rehabilitation” pada 26 Februari 2025 (Rabu). Seminar ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Rahmita Wirza O. K. Rahmat dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), UPM dan berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Dewan Abdul Azim, FSKTM UPM, serta hybrid  melalui platform Zoom Meeting.

  

Seminar selama dua jam ini merupakan sebahagian daripada Putra Sarjana Seminar Series, iaitu satu program berterusan yang dirangka khas bagi menyokong perkembangan akademik dan profesional pelajar pascasiswazah UPM. Siri seminar ini bertujuan memperkasa pelajar melalui perkongsian ilmu, kemahiran baharu dan pendedahan kepada bidang penyelidikan yang bersifat semasa dan berimpak tinggi.

Dalam sesi ini, Prof. Dr. Rahmita telah berkongsi secara mendalam mengenai peranan teknologi Augmented Reality (AR) dalam bidang perubatan moden, merangkumi tiga aspek utama iaitu: pendidikan perubatan, pembedahan berketepatan tinggi, dan pemulihan pesakit. Beliau turut menyentuh bagaimana penggunaan AR mampu meningkatkan keberkesanan latihan klinikal, membantu pakar bedah membuat keputusan yang lebih tepat, dan menyokong proses pemulihan pesakit melalui simulasi yang realistik dan interaktif.

Sesi ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, bukan sahaja dalam kalangan pelajar pascasiswazah UPM malah turut disertai oleh pelajar dan penyelidik dari institusi luar. Penyertaan yang memberangsangkan ini mencerminkan minat yang tinggi terhadap aplikasi teknologi AR dalam bidang perubatan serta keperluan untuk memahami inovasi terkini dalam konteks pengajaran, penyelidikan, dan amalan klinikal.

Tarikh Input: 17/04/2025 | Kemaskini: 17/04/2025 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (02:37:01pm-02:42:01pm, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]