Siri Seminar Putra Sarjana Sebagai Usaha Membantu Proses Pembelajaran Pascasiswazah | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Siri Seminar Putra Sarjana Sebagai Usaha Membantu Proses Pembelajaran Pascasiswazah

Siri Seminar Putra Sarjana Sebagai Usaha Membantu Proses Pembelajaran Pascasiswazah

24 Mei 2023, Serdang - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) melalui program bantuan pembelajaran Putra Sarjana telah menganjurkan tiga (3) sesi bersama penceramah jemputan bagi bulan Mei 2023. Seminar yang berfokus kepada teknik penulisan tesis, proses pengajian pascasiswazah, nilai kendiri serta komunikasi berkesan dianjurkan secara percuma bagi pelajar pascasiswazah semasa UPM.

Sesi pada 11 Mei 2023 telah dijalankan secara dalam talian bersama Dr.Thavamaran Kanesan, Ketua Editor Educational Consultant of Proofreading by a UK PhD. Perkongsian bertajuk ‘Literature Review Applications: What can be done while I Review Literature?’  telah dihadiri oleh 231 orang pelajar melalui aplikasi Zoom Meetings. Dr.Thava telah menerangkan kaedah paling berkesan dalam mencari bahan rujukan (literature) untuk digunakan sepanjang penulisan sebuah tesis akademik. Para peserta telah aktif bertanya soalan sepanjang sesi dan maklumbalas positif peserta mencerminkan keberkesanan penyampaian Dr.Thavamaran. Seminar tersebut telah berlangsung selama 2 jam 20 minit, 9.15 pagi sehingga 11.35 pagi.

Siri ini diteruskan dengan sesi bersama Prof.Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, Timbalan Dekan (Akademik, Kurikulum dan Data) SPS. Prof. Zuriati telah menekankan teknik persediaan dan penyediaan untuk viva voce pelajar pascasiswazah. Peringkat kemuncak dalam proses pengajian pascasiswazah ini sentiasa menjadi kerisauan pelajar dan telah dijelaskan secara terperinci oleh penceramah jemputan dalam sesi Conquering Thesis & Viva Voce. Sesi yang dijalankan secara bersemuka ini telah diadakan di Auditorium Raden Umar (Fakulti Kejuruteraan) pada 22 Mei 2023, bermula jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Sesi ketiga bersama Prof. Madya Dr Dahlia Zawawi, Timbalan Pengarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM, telah merujuk kepada faktor yang perlu seseorang bakal pelajar ambil kira sebelum meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah. Penyampaian interaktif beliau telah disertakan dengan pengalaman peribadi serta kisah pelajar-pelajar beliau. Seminar bertajuk ‘The Do's and Don'ts When Choosing a PhD Programme’ tersebut telah berlangsung di Dewan Taklimat Serdang pada 24 Mei 2023, dengan kehadiran sebanyak 50 orang pelajar. Perkongsian selama 2 jam itu telah diakhiri dengan sesi fotografi dan soal jawab peserta.

 

         

 

Tarikh Input: 23/05/2023 | Kemaskini: 07/06/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXDTOAL~