Staf Sekolah Pengajian Siswazah Mengharumkan Nama UPM di SUKUM 2024

18 Ogos 2024 - Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Awam Malaysia (SUKUM) Kali-45 menutup tirai dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) mengekalkan kejuaraan selepas merangkul 15 emas, 16 perak, dan 14 gangsa pada kejohanan tersebut yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah(UMS) dari 11 Ogos sehingga 18 Ogos 2024. Pencapaian cemerlang UPM menonjolkan komitmen dan semangat juang yang tinggi dalam mempersembahkan prestasi terbaik sepanjang kejohanan ini berlangsung. Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan institusi, tetapi juga memberi inspirasi kepada seluruh warga UPM untuk terus mencipta kejayaan di masa hadapan.
Kontinjen UPM diwakili oleh semua staf tanpa mengira jawatan termasuklah ahli akademik, staf sokongan bahkan ketua-ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ). Cik Nur Shazleen Ilyana Sharifuddin, Ketua Unit Pengambilan SPS, atlet Petanque Wanita dan Puan Haslinda Sello, staf Unit HEP dan Media, atlet Futsal Wanita merupakan atlet yang mewakili Sekolah Pengajian Siswazah. Lebih membanggakan kedua-duanya menyumbang pingat kepada UPM dalam kejohanan tersebut. Emas pertama diperolehi UPM melalui acara Petanque Perseorangan Wanita oleh Cik Nur Shazleen. Beliau telah berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya sebelum ini bagi kategori yang sama di SUKUM edisi ke-44. Puan Haslinda pula teah memenangi pingat perak dalam acara Futsal Wanita menewaskan mengalahkan beberapa pasukan universiti lain sebelumnya.
Tahniah dan syabas dan dapat menjadi pembakar semangat untuk terus beraksi cemerlang.


Tarikh Input: 21/08/2024 | Kemaskini: 26/08/2024 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services