Taklimat Pengukuhan Kefahaman Pelaksanaan Proses Siswazah | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Taklimat Pengukuhan Kefahaman Pelaksanaan Proses Siswazah

Taklimat Pengukuhan Kefahaman Pelaksanaan Proses Siswazah

9 Ogos 2022, Serdang –Pengajian Siswazah merupakan salah satu perkhidmatan utama universiti di bawah Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015. Sehubungan itu, satu Taklimat Pengukuhan Kefahaman Pelaksanaan Proses Siswazah telah diadakan bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang, bagi meneliti proses-proses semasa berkaitan pengajian siswazah di UPM. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh barisan Pegawai Tadbir Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) UPM, bagi urusan pembentukan dan semakan program, bidang dan kursus, pengambilan pelajar, urusan rekod akademik pelajar, tesis dan bantuan kewangan. Seramai 83 orang pegawai tadbir dan staf pelaksana program siswazah dari PTJ-PTJ UPM telah mengikuti taklimat tersebut.

Taklimat pertama berkaitan kurikulum telah disampaikan oleh Encik Mohamad Hafiz bin Mohamad selaku Penolong Pendaftar di Unit Kurikulum dan Data. Seterusnya, taklimat kedua mengenai biasiswa dan bantuan kewangan telah disampaikan Cik Nur Nadjla binti Ahmad Razei, Penolong Pendaftar di Unit Perhubungan Institusi dan Bantuan Kewangan. Sesi taklimat ketiga diteruskan lagi oleh Encik Muhammad Akees bin Abu Mansor, Penolong Pendaftar di Unit Akademik bagi membentangkan pengurusan akademik pelajar siswazah.

Pada sebelah petang, sesi taklimat telah dimulakan oleh Puan Rahmawati binti Umar, Penolong Pendaftar Kanan di Unit Pengambilan Pelajar bagi membentangkan proses pengambilan pelajar siswazah. Sesi taklimat diteruskan lagi oleh Puan Maizatul Afzan binti Tajul Ariffin, Penolong Pendaftar Kanan Unit Tesis bagi menerangkan proses berkaitan pemeriksaan tesis sehingga bergraduat.

Bagi memastikan para peserta memahami penyampaian setiap pegawai, para peserta telah diminta untuk menjawab kuiz yang mengandungi 18 soalan meliputi semua topik pembentangan.

Tarikh Input: 19/08/2022 | Kemaskini: 02/09/2022 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEUPAN~