UPM Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa di APAIE 2026 di Hong Kong
HONG KONG, 30 Mac 2026 - Universiti Putra Malaysia (UPM), melalui Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), telah menyertai persidangan Asia-Pacific Association for International Education (APAIE) 2026 yang berlangsung di Hong Kong pada 23 hingga 27 Februari 2026. Persidangan dan pameran tahunan ini merupakan antara platform paling berprestij di rantau ini bagi institusi pengajian tinggi untuk memupuk kerjasama antarabangsa, bertukar pandangan serta memperkukuh jaringan akademik di seluruh Asia Pasifik dan peringkat global.

Mewakili Sekolah Pengajian Siswazah ialah Prof. Dr. Nitty Hirawaty Kamarulzaman, Timbalan Dekan (Pengambilan, Perhubungan Institusi dan Bantuan Kewangan), serta Cik Nur Nadjla Ahmad Razei, Ketua Unit Perhubungan Institusi. Delegasi tersebut telah mengetengahkan kepelbagaian program pascasiswazah UPM, keupayaan penyelidikan serta persekitaran akademik yang kondusif.
Sepanjang persidangan berlangsung, delegasi UPM telah mengadakan beberapa sesi pertemuan dua hala bersama rakan institusi berpotensi, sekali gus membuka ruang kepada kerjasama masa hadapan dalam program kolaborasi antarabangsa, penyelidikan bersama serta peluang pertukaran akademik.


Melalui penyertaan dalam APAIE 2026, UPM terus menegaskan kedudukannya sebagai institusi terkemuka yang komited terhadap kecemerlangan akademik dan pengantarabangsaan, di samping memperkukuh jaringan kerjasama global yang memberi manfaat kepada pelajar dan warga akademik.
Tarikh Input: 30/03/2026 | Kemaskini: 30/03/2026 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services