Gerontologi sosial merupakan bidang akademik yang memfokuskan kepada aspek sosial, ekonomi, budaya dan politik berkaitan penuaan yang mempengaruhi kesejahteraan warga emas. Ia berteraskan pendekatan pelbagai bidang dalam memahami proses psiko-sosial penuaan dan impak sosio-ekonomi penuaan terhadap warga tua, keluarga, dan masyarakat. Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ini menyumbang kepada pembentukan dasar, perundangan dan program sosio-ekonomi dalam pengurusan penuaan penduduk termasuk penjagaan jangka panjang, jaminan/ keselamatan sosial, sokongan sosial, hubungan dan pertukaran antara generasi, pekerjaan dan persaraan, ketaksamaan sosial, gender dan penuaan, stereotaip penuaan serta isu akhir hayat.
Senarai Pakar
Prof. Dr. Tengku Aizan Tengku Ab Hamid
Dr. Rahimah Ibrahim
Prof. Madya Dr. Sarifah Azizah Haron
Dr. Hanina Halimatusaadiah Hamsan
Dr. Yadollah Abolfathi Momtaz (Felo Penyelidik)
Dr. Jariah Masud (Felo Penyelidik)
Kemaskini:: [syafini] Kemaskini:: 18/04/2014 [haslinda_s]

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services