Biasiswa Khas Wartawan (BKW) | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» FINANCIAL ASSISTANCE & SCHOLARSHIPS » SCHOLARSHIP/FINANCIAL ASSISTANCE UPM » Biasiswa Khas Wartawan (BKW)

Biasiswa Khas Wartawan (BKW)

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BIASISWA KHAS WARTAWAN (BKW)
SEMESTER KEDUA 2022/2023

 

Permohonan ini adalah dibuka kepada pelajar dari kalangan wartawan yang mengikuti program Master Secara Kerja Kursus, Master Secara Penyelidikan dan PhD di UPM mulai Semester Kedua 2022/2023, bermula 11 Januari 2023 dan tarikh tutup permohonan pada 31 Januari 2023. Skim ini diwujudkan bagi menghargai kebolehan dan sumbangan kumpulan wartawan/pengamal media.




Terma dan Syarat Permohonan


1. Jumlah Penerima Biasiswa Khas Wartawan (BKW)

5 penerima setahun.

 

2. Nilai Pembiayaan

Pembiayaan ini hanya memberi pengecualian kepada komponen yuran pembelajaran (Yuran kursus/ Course Fee) sahaja iaitu:

(i) Master Secara Kerja Kursus (MSKK): RM500.00 setiap semester, dan terhad kepada 3 semester sahaja;
(ii) Master Sains (Kluster Sains Sosial): RM700.00 setiap semester, dan terhad kepada 4 semester sahaja;
(iii) PhD (Kluster Sains Sosial): RM1,200.00 setiap semester, dan terhad kepada 6 semester sahaja.

Pelajar masih perlu membayar yuran lain seperti caj perkhidmatan, ko-kurikulum, aktiviti pelajar, perpustakaan, kebajikan, tesis, alumni dan pendaftaran serta yuran kredit (bagi pelajar MSKK sahaja).


3. Kelayakan

  • Terbuka kepada kalangan wartawan yang telah mendapat tawaran kemasukan di UPM di bawah program Master Secara Kerja Kursus (MSKK) (Kluster Sains Sosial) atau Program Master Sains (Kluster Sains Sosial) atau peringkat PhD (Kluster Sains Sosial);
  • Bagi pelajar yang telah mendaftar (berada di semester satu hingga semester kedua pengajian sahaja) status pengajian pelajar mestilah aktif (‘continue’). Status ‘probation’ atau tangguh (‘defer’) pengajian akan membatalkan pemberian biasiswa ini;
  • Pemohon tidak menerima apa-apa bentuk bantuan kewangan lain.

 

4. Syarat/Timbal Balas Pembiayaan

Penerima BKW akan tertakluk kepada timbal balas pembiayaan, iaitu:



Timbal balas pembiayaan
Master
PhD
Jaringan (Link) Pensyarah UPM dengan aktiviti pihak Media Perdana termasuk BERNAMA
(contoh: Pensyarah UPM yang berkepakaran dalam bidang berkaitan boleh mengupas isu semasa yang diutarakan dalam program anjuran media massa)
Tiga (3) linkages dalam tempohpengajian
Enam (6) dalam tempoh pengajian
Penulisan Rencana/ Artikel/ Pelaporan di peringkat Tempatan
(contoh: menulis rencana/ artikel/ pelaporan mengenai aktiviti yang berlangsung di UPM untuk dimuat naik dalam berita di surat khabar/ majalah/ televisyen/ radio/ internet dan lain-lain media tempatan sebagai salah satu usaha menggiatkan promosi UPM)
Dua (2) dalam tempoh pengajian
Tiga (3) dalam tempoh pengajian
Penulisan Rencana/ Artikel/ Pelaporan di peringkat Antarabangsa
(contoh: menulis rencana/ artikel/ pelaporan mengenai aktiviti yang berlangsung di UPM untuk dimuat naik dalam berita di surat khabar/ majalah/ televisyen/ radio/ internet dan lain-lain media peringkat antarabangsa sebagai salah satu usaha menggiatkan promosi UPM)
Satu (1) dalamtempoh pengajian
Dua (2) dalam tempoh pengajian

  

5. Cara Permohonan dan Tarikh Tutup

Melengkapkan Borang Permohonan melalui portal pelajar iaitu http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal/, dan memastikan penasihat/Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan dan Dekan Fakulti/Sekolah atau Pengarah Institut turut menyokong permohonan anda sebelum tarikh tutup permohonan.

 

Nota: Bagi permohonan yang berjaya, satu perjanjian akan ditandatangani di mana penerima adalah tertakluk kepada syarat perjanjian, dan sekiranya didapati maklumat yang diberikan dalam permohonan tidak benar, biasiswa akan ditamatkan dan pelajar perlu membayar balik mana-mana yuran yang telah diberikan.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi: sgs_financialaid@upm.edu.my

Updated:: 11/01/2023 [aslamiah]

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
03-9769 4225
-
BWGCDAX~