Graduate Teaching Assistant (GTA) - New (Local) | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» FINANCIAL ASSISTANCE & SCHOLARSHIPS » SCHOLARSHIP/FINANCIAL ASSISTANCE UPM » Graduate Teaching Assistant (GTA) - New (Local)

Graduate Teaching Assistant (GTA) - New (Local)


PEMBANTU PENGAJAR SISWAZAH (GTA)
SEMESTER PERTAMA 2026/2027
(PERMOHONAN BAHARU)

 

Dimaklumkan bahawa permohonan baharu Pembantu Pengajar Siswazah (GTA) bagi Semester Pertama 2026/2027 akan dibuka kepada pelajar tempatan bermula 01 – 31 Ogos 2026.

 

KELAYAKAN MEMOHON 

Bagi Permohonan Baharu:

  1. Permohonan adalah terbuka kepada semua bakal pelajar (tempatan sahaja) yang telah mendapat tawaran kemasukan untuk mengikuti Program Master atau PhD secara penyelidikan dan Program Kolaborasi Antarabangsa (ICP) di UPM pada Semester Pertama 2026/2027. Pemohon mestilah memperolehi CGPA sekurang-kurangya;

     Peringkat Pengajian di UPM
    Sains Sosial
    Master
    CGPA di peringkat Bacelor berdasarkan kluster seperti berikut;
    - Kluster Sains/Teknikal: 3.000 dan ke atas
    - Kluster Sastera/Sains Sosial: 3.500 dan ke atas
    PhD
    Ijazah Master dalam bidang yang berkaitan


  2. Permohonan juga adalah terbuka kepada semua pelajar semasa (tempatan sahaja) UPM yang sedang mengikuti Program Master atau PhD secara penyelidikan dan Program Kolaborasi Antarabangsa (ICP) yang memenuhi syarat berikut:
    1. Status pengajian semasa permohonan dibuat adalah “Continue”. Pemohon yang berstatus “Thesis Submitted / Defer / Dropped/ Probation /Terminated” dan lain-lain tidak layak untuk memohon;

    2. Semester pengajian semasa permohonan dibuat mestilah tidak melebihi 3 semester bagi pelajar Master dan 5 semester bagi pelajar PhD.

    3. Pemohon tidak bekerja/bekerja tetapi tidak berpendapatan tetap/tidak menerima Biasiswa/Pinjaman/Bantuan Kewangan (berterusan) lain dari mana-mana agensi, institusi atau badan lain.

    4. Skim GTA ini hanya ditawarkan kepada pelajar yang belum atau tidak pernah menerima pembiayaan Skim GRF.


BENTUK PEMBIAYAAN

Di bawah skim ini, pemohon akan menerima elaun bulanan iaitu sebanyak RM1,500.00 untuk pelajar Master dan RM1,800.00 untuk pelajar PhD. Tiada pengecualian atau potongan yuran pengajian akan diberikan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Di bawah skim ini, penerima adalah bertanggungjawab untuk:

  1. Mematuhi semua peraturan atau undang-undang yang berkuatkuasa dari masa ke semasa dan memenuhi semua keperluan sebagaimana yang disyaratkan dalam program pengajian yang diikuti.

  2. Membantu dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran kursus di peringkat Sarjana Muda atau Master seperti demonstrasi makmal, tutorial dan amali, selama tiga (3) jam seminggu.

  3. Melengkapkan log aktiviti harian melalui portal pelajar berkaitan aktiviti pengajaran yang dilaksanakan

  4. Menamatkan pengajian dengan jayanya.

  5. Memenuhi keperluan penerbitan jurnal artikel (diterima atau diterbitkan) sebagai first/corresponding author seperti berikut:

    1. sekurang-kurangnya satu (1) artikel jurnal (dalam CIJ) diterima atau diterbitkan, bagi peringkat Master; ATAU

    2. satu (1) artikel jurnal diterima atau diterbitkan dalam CIJ dan satu (1) artikel jurnal diterima atau diterbitkan dalam JCR; ATAU

    3. dua (2) artikel jurnal diterima atau diterbitkan dalam CIJ dan menunjukkan bukti penghantaran atau penerbitan jurnal dalam JCR dengan keputusan (cth: salah satu dari jurnal yang kemudiannya diterima/diterbitkan dalam CIJ), bagi peringkat PhD

  6. Lain-lain syarat yang akan diperincikan dalam surat tawaran.

 

KEMUDAHAN CUTI

Tiada cuti rehat yang diberikan. Di bawah skim ini, sekiranya pelajar tidak melengkapkan log aktiviti melebihi 10 hari dalam sebulan, elaun biasiswa bagi bulan berkenaan tidak akan dibayar.

 

KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat seperti berikut:

  1. Melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal pelajar di
    http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal.

  2. Pemohon adalah bertanggungjawab untuk memastikan Penasihat/Penyelia dan Dekan/Pengarah Fakulti/Sekolah/Institut menyokong permohonan anda melalui sistem sebelum atau selewatnya pada 31 Ogos 2026.

  3. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Nota: Sekiranya didapati maklumat yang diberikan dalam permohonan tidak benar, biasiswa akan ditamatkan dan pelajar perlu membayar semula pengecualian yuran dan elaun bulanan yang telah diterima.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:  sgs.financialaid@upm.edu.my

 

Updated:: 06/07/2026 [aslamiah]

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (03:40:54pm-03:45:54pm, 21 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]