GRF (Graduate Research Fellowship) | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» FINANCIAL ASSISTANCE & SCHOLARSHIPS » SCHOLARSHIP/FINANCIAL ASSISTANCE UPM » GRF (Graduate Research Fellowship)

GRF (Graduate Research Fellowship)


SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH 
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERMOHONAN FELLOWSHIP PENYELIDIK SISWAZAH (GRF)
SEMESTER KEDUA 2019/2020
(PERMOHONAN SAMBUNG SAHAJA)

Dimaklumkan bahawa permohonan sambung Fellowship Penyelidik Siswazah (GRF) bagi Semester Kedua 2019/2020 dibuka.

KELAYAKAN MEMOHON

  1. Permohonan dibuka kepada pelajar yang telah ditawarkan Fellowship Penyelidik Siswazah pada Semester Pertama 2019/2020.

  2. Walau bagaimanapun, mereka mestilah memenuhi syarat berikut:

  1. Status pengajian adalah “Baik”. Pelajar yang berstatus “Menangguh” atau “Probation” tidak layak untuk memohon.
  2. Semester pengajian semasa tidak melebihi 3 semester bagi pelajar Master dan 5 semester bagi pelajar PhD (semasa permohonan dikemukakan).
  3. Tidak mengikuti program siswazah UPM secara split programme.
  4. Tidak menerima apa-apa Biasiswa/ Peruntukan/ Pinjaman / Bantuan Kewangan dan Anugerah daripada mana-mana agensi.

  1. Setiap permohonan hendaklah disertakan bersama:

  1. Laporan kemajuan kertas penerbitan.

  1. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

BENTUK PEMBIAYAAN

  1. Pengecualian sebahagian yuran pelajaran seperti berikut:

 

Perubatan

Sains

Sosial Sains

Master

RM1,200.00

RM900.00

RM700.00

PhD

RM1,600.00

RM1,400.00

RM1,200.00

 

  1. Calon akan menerima elaun bulanan iaitu sebanyak RM1,000.00 untuk pelajar Master dan RM1,300.00 untuk pelajar PhD.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  1. Menghasilkan sekurang-kurangnya 1 kertas jurnal dalam JCR bagi peringkat master dan 2 kertas jurnal (satu dalam CIJ dan satu darinya didalam Q1 atau Q2) bagi peringkat PhD.

  2. Membantu dalam pengajaran/ tutorial/ amali/ penyeliaan pelajar tahun akhir untuk tempoh tidak melebihi 6 jam seminggu termasuk pada cuti semester.

  3. Merekodkan kehadiran ke fakulti/institut pada setiap hari.

  4. Dibenarkan mengambil cuti maksimum 2 hari dalam sebulan dengan kebenaran penyelia. Sekiranya gagal hadir ke kampus atau mengambil cuti melebihi 2 hari dalam sebulan, dengan atau tanpa kebenaran penyelia, elaun biasiswa akan dipotong RM50.00/sehari bagi master dan RM68/sehari bagi PhD.

  5. Bercuti melebihi 10 hari dalam sebulan, elaun biasiswa bagi bulan berkenaan tidak akan dibayar.

CARA MEMOHON DAN TARIKH TUTUP

  1. Melengkapkan borang permohonan secara on-line melalui portal pelajar di http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal.

  2. Sila pastikan Penasihat / Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan dan Dekan Fakulti / Pengarah Institut menyokong permohonan anda di sistem sebelum 24 Januari 2020.

Nota: Sekiranya didapati maklumat yang diberikan dalam permohonan tidak benar, biasiswa akan ditamatkan dan pelajar perlu membayar balik mana-mana yuran/elaun yang telah diberikan. 

*Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-9769 4105/4224.

Updated:: 08/01/2020 [salwati]

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
03-9769 4232
C1594653152