
SKIM BIASISWA ALUMNI PUTRA (PASS) - TEMPATAN
SEMESTER KEDUA 2025/2026
Permohonan Putra Alumni Scholarship Scheme / Skim Biasiswa Alumni Putra (PASS) – Tempatan adalah dibuka kepada alumni tempatan bermula 01 - 31 Januari 2026. Skim ini diwujudkan sebagai galakan untuk alumni tempatan memilih UPM bagi melanjut pengajian.
Terma dan Syarat
Jumlah Penerima Biasiswa
100 penerima setahun.
Kategori Pemohon
Skim ini hanya terbuka kepada pelajar baharu yang mendaftar pada Semester Kedua 2025/2026 atau pelajar semasa UPM yang berada tidak lebih daripada semester pertama pengajian dengan status ‘Continue’.
Durasi Pembiayaan Biasiswa
Maksimum tiga (3) tahun untuk pengajian peringkat PhD sahaja.
Kelayakan Permohonan
Terbuka kepada alumni tempatan yang melanjutkan pengajian di peringkat PhD sahaja;
Mempunyai Ijazah Master;
Pemohon mesti telah mendapat kelulusan cadangan penyelidikan daripada Penasihat/Penyelia;
Pemohon tidak menerima apa-apa bentuk bantuan kewangan lain.
Kaedah Permohonan
Permohonan boleh dibuat seperti berikut:
Melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal pelajar di http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal.
Pemohon adalah bertanggungjawab untuk memastikan Penasihat/Penyelia dan Dekan/Pengarah Fakulti/Sekolah/Institut menyokong permohonan anda melalui sistem sebelum atau selewatnya pada 31 Januari 2026.
Nota: Sekiranya didapati maklumat yang diberikan dalam permohonan tidak benar, biasiswa akan ditamatkan dan pelajar perlu membayar balik mana-mana yuran yang telah diberikan.
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi sgs.financialaid@upm.edu.my
Updated:: 20/04/2026 [aslamiah]

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services