FITOKIMIA | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» FITOKIMIA

FITOKIMIA

Fitokimia ialah kajian kimia bahan-bahan yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan. Evolusi tumbuh-tumbuhan telah menghasilkan pelbagai sebatian molekul berat-rendah, dikenali sebagai metabolit sekunder, yang boleh digunakan sebagai makanan dan makanan tambahan, perisa, wangian, kosmetik, bahan kimia pertanian dan farmaseutikal. Dalam abad yang lepas kepelbagaian kimia tumbuh-tumbuhan telah menghasilkan pelbagai bahan sedemikian dan ketika ini masih berterusan memberikan ‘lead molecules’ bagi pembangunan ubat-ubatan dan aplikasi lain. Evolusi dan kemajuan yang di capai dalam teknologi fitokimia dan teknologi pembolehbuat lain yang berkaitan, telah memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai asas metabolism sekunder yang kompleks dan fungsi biologi sebatian serta potensi penggunaannya.  Definasi penyelidikan fitokimia merangkumi semua aspek kimia tulen dan gunaan, biokimia, biologi molekul tumbuhan dan aspek-aspek antara-disiplin lain yang berkaitan. Buat masa ini, projek-projek dalam program di LHS ini memberi tumpuan terutamanya kepada penemuan molekul bioaktif baru daripada tumbuh-tumbuhan dan lain-lain sumber semula jadi dengan sasaran terapeutik yang pelbagai termasuklah inflamasi, kanser, Diabetes mellitus dan penyakit Alzheimer. Bioassei terpilih berasaskan sel dan enzim serta ujian model zebrafish digunakan untuk penyaringaan aktiviti biologi manakala kajian haiwan dilaksanakan melalui kerjasama strategik. Teknologi terkini dalam kaedah kromatografi dan spektroskopi adalah alat yang pembolehbuat utama yang digunakan dalam pengasingan bioaktiviti berpandu dan pencirian kimia metabolit sekunder.

Senarai Pakar

Prof. Dr. Gwendoline Ee Cheng Lian | ResearchGate
Prof. Madya Dr. Intan Safinar Ismail | Google Scholar
Prof. Dr. Khozirah Shaari | ResearchGate
Dr. Nur Kartinee Kassim | Google Scholar

Kemaskini:: 17/07/2017 [azimin]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
03-9769 4232
CVGcVAU:21:20