Lawatan Penanda Aras EKSA Perkukuh Perkongsian Amalan Terbaik Antara SPS Dan PTJ UPM | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH sgs
» BERITA » Lawatan Penanda Aras EKSA Perkukuh Perkongsian Amalan Terbaik antara SPS dan PTJ UPM

Lawatan Penanda Aras EKSA Perkukuh Perkongsian Amalan Terbaik antara SPS dan PTJ UPM

 

8 Mei 2026 – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan lawatan penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik (BAKD) serta Pusat Pertanian Putra (PPP) pada 8 Mei 2026. Lawatan yang bermula pada jam 9.30 pagi ini bertujuan berkongsi amalan terbaik, pengalaman serta pendekatan pelaksanaan EKSA dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sistematik, kemas dan kondusif.

Bagi memastikan kelancaran perjalanan program, delegasi lawatan telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama melibatkan wakil daripada Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik (BAKD) yang diketuai oleh Encik Firdaus Zakaria, Ketua Bahagian Kemasukan BAKD, UPM. Kumpulan ini ditempatkan di Bilik Mesyuarat 1, SPS bagi sesi pembentangan dan perkongsian berkaitan pelaksanaan EKSA di SPS yang disampaikan oleh Puan Norhasliza Hassan, Timbalan Pendaftar SPS.

 

 

Manakala kumpulan kedua yang terdiri daripada wakil Pusat Pertanian Putra (PPP) telah ditempatkan di Putra Sarjana Learning Space. Sesi pembentangan dan perkongsian bagi kumpulan ini telah disampaikan oleh Cik Nur Nadjla, Penolong Pendaftar Kanan SPS. Perkongsian tersebut merangkumi pendekatan SPS dalam menguruskan ruang kerja, pelaksanaan aktiviti EKSA, penglibatan warga kerja serta usaha penambahbaikan berterusan bagi memastikan persekitaran pejabat sentiasa berada pada tahap yang optimum.

Selepas selesai sesi pembentangan dan perkongsian, para peserta dibawa melawat ke seluruh bangunan SPS bagi melihat secara lebih dekat pelaksanaan EKSA di setiap ruang kerja dan kawasan umum. Lawatan ini memberi peluang kepada para peserta untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai susun atur ruang, pengurusan fail, aspek kebersihan, keselamatan serta elemen kreativiti yang diterapkan oleh warga SPS.

Secara keseluruhannya, lawatan penanda aras ini telah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak melalui perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pengurusan EKSA. Diharapkan hubungan kerjasama serta jaringan perkongsian amalan terbaik antara SPS dan PTJ lain di UPM dapat terus diperkukuhkan demi menyokong budaya kerja yang berkualiti, inovatif dan berdaya saing.

Tarikh Input: 18/05/2026 | Kemaskini: 21/08/2026 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (10:52:56pm-10:57:56pm, 14 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]