SKIM BIASISWA ALUMNI PUTRA (PASS) - TEMPATAN
SEMESTER KEDUA 2023/2024
Permohonan Putra Alumni Scholarship Scheme / Skim Biasiswa Alumni Putra (PASS) – Tempatan adalah dibuka kepada alumni tempatan yang mendaftar pengajian di UPM pada Semester Kedua 2023/2024, bermula 02 - 22 Januari 2024. Skim ini diwujudkan sebagai galakan untuk alumni tempatan memilih UPM bagi melanjut pengajian.
Terma dan Syarat
Kategori Pemohon
i. Skim ini hanya terbuka kepada pelajar baharu yang mendaftar pada Semester Kedua 2023/2024 atau pelajar UPM yang berada pada semester kedua pengajian dengan status ‘Continue’ pada Semester Kedua 2023/2024.ii. Bagi pelajar baharu, permohonan mesti dikemukakan sebelum pendaftaran sebagai pelajar baharu. Sekiranya permohonan dibuat selepas pendaftaran, kelulusan pembiayaan hanya berkuatkuasa pada semester kedua pengajian pelajar.
Durasi Pembiayaan Biasiswa
Maksimum tiga (3) tahun untuk pengajian peringkat PhD sahaja.
Nilai Pembiayaan
Penerima akan diberikan 10% pengecualian yuran pengajian.
Kelayakan Permohonan
Kaedah Permohonan
Permohonan boleh dibuat seperti berikut:
Nota: Sekiranya didapati maklumat yang diberikan dalam permohonan tidak benar, biasiswa akan ditamatkan dan pelajar perlu membayar balik mana-mana yuran yang telah diberikan.* Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi sgs_financialaid@upm.edu.my
Updated:: 03/01/2024 [aslamiah]
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services