Date
24 Mar 2025 - 24 Mar 2025
Location
Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia
Event Summary
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Bersempena bulan Ramadan 1446H yang penuh keberkatan, Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) di bawah Kelab SPS dengan dengan kerjasama Kelab Kebajikan Warga i-PUTRA serta Kelab Kebajikan & Sosial Pejabat Pentadbiran Akademik dan Antarabangsa akan menganjurkan Ceramah Tarbiah Ramadan: Membina Diri, Memperkukuh Integriti bersama Ustaz Syamsul Debat seperti ketetapan berikut:
📌 Tajuk : Tarbiah Ramadan: Membina Diri, Memperkukuh Integriti
🎤 Penceramah : Ustaz Syamsul Debat
📅 Tarikh : 24 Mac 2025 (Isnin)
ⰠMasa : 9:00 – 11:00 pagi
📠Lokasi : Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, UPM
🔴 Live Streaming : Putra TV UPM (https://www.youtube.com/@UniversitiPutraMalaysia)
Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput untuk turut serta dalam program ini. Mata CPD latihan dan e-sijil akan diberikan kepada staf yang menyertai program ini.
Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut: nnn
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
📞 Puan Farah Hanani Roslan – 03-9769 4218 | âœ‰ï¸ farahhanani@upm.edu.my
📞 Cik Siti Rahimah Sahar – 03-9769 4208 | âœ‰ï¸ siti_sahar@upm.edu.my
Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

Updated:: 24/02/2026 [aslamiah]