Program sokongan pembelajaran Putra Sarjana ditubuhkan untuk membantu pelajar-pelajar siswazah di Universiti Putra Malaysia membina pelbagai kemahiran yang diperlukan sama ada dalam aktiviti penyelidikan, akademik atau kerjaya pada masa depan. Seminar dan bengkel diadakan bagi meningkatkan kemahiran dalam penyelidikan, kognitif, afektif, psikomotor dan domain sosial.
Pelajar siswazah yang menyertai program Putra Sarjana akan dapat mengasah kebolehan mereka untuk memimpin, berkomunikasi, berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah. Program ini juga akan membantu pelajar membentuk kecerdasan emosi dan etika profesional yang diperlukan untuk diri, kejayaan akademik dan kerjaya.
MENDAFTAR KURSUS
Pelajar boleh mendaftar kursus di Pejabat Sarjana Putra, SGS, UPM. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi +603-9769 4245 atau e-mel kepada sgs_putrasarjana@upm.edu.my