2019 | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» 2019

2019

Bil.
Perkara
Siri dan Tarikh Mesyuarat
Catatan
Pautan dokumen kelulusan (Kegunaan PTJ)
JKPSU
Senat
JPU
JKTK
LPU
1
Cadangan Pelepasan Pelajar Siswazah Secara Penyelidikan Untuk Bergraduat Tanpa Memenuhi Keperluan Penerbitan
Minit JKPSU 444.10 (c) pada 10 Oktober 2019
Minit Senat 666.09 pada 17 Oktober 2019
-
-
-
 
Senat bersetuju meluluskan cadangan pelepasan pelajar siswazah secara penyelidikan untuk bergraduat tanpa memenuhi keperluan penerbitan dalam tempoh seperti berikut:
1)Program Master - dibenarkan bergraduat selepas tempoh satu (1) tahun penyerahan pembetulan tesis selepas lulus viva;

2)Program PhD - dibenarkan bergraduat selepas tempoh dua (2) tahun penyerahan pembetulan tesis selepas lulus viva.
Turut merakamkan perhatian bahawa isu pecah kontrak adalah isu yang berbeza di mana bagi pelajar penerima GRF, pelajar berkenaan tetap akan dikenakan tindakan kerana telah pecah kontrak dan tiada kaitan dengan isu penahanan untuk bergraduat.

 

 Pautan dokumen
2
Cadangan Penetapan Keperluan Kerja Kursus dan Paparan
Pengiraan PNGK Berdasarkan Kepada Jumlah Minimum
Kredit bagi Program PhD dan Master Secara Penyelidikan
- Kertas Senat Bil. 662/9
JKPSU 437
Minit Senat 662.11:
-
-
-
 
(ii) penetapan jumlah kredit kursus minimum yang dicadangkan adalah 6 kredit di peringkat Master dan 9 kredit di peringkat PhD termasuk kursus wajib yang telah ditetapkan oleh MQA iaitu kaedah penyelidikan (3 jam kredit). Jika pelajar telah mendaftar program PhD dan kursus kaedah penyelidikan ini boleh dibuat pindahan jam kredit sekiranya pelajar telah mengambil kursus ini semasa program master;
 
(iii) paparan pengiraan PNGK adalah berdasarkan kepada jumlah minimum kredit di peringkat Master adalah 6 kredit dan 9 kredit di peringkat PhD seperti mana
yang diputuskan dalam mesyuarat JKPSU ke-437. Sekiranya keperluan minimum tersebut tidak dipatuhi, hanya paparan keputusan gred sahaja yang akan dipaparkan pada transkrip dan tiada PNGK dipaparkan;

 

 -
3
Cadangan Pindaan Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2018-2019): Perkara 11 : Pengecualian Kredit - Kertas Senat Bil. 666/5
-
Minit Senat 666.07 (17 Oktober 2019
-
-
-
 
(i) Pemindahan Kredit
a)pelajar yang berpindah daripada universiti luar dan pelajar yang menamatkan program Master yang telah mengikuti kursus tertentu boleh memohon untuk memindahkan sebahagian daripada kredit yang telah diperoleh bagi kursus yang setara pada aras Master dan PhD tanpa memindahkan gred jika berstatus baik
di universiti asal;
 
b)pelajar yang mengikuti program mobiliti boleh memohon untuk memindahkan kredit serta gred yang telah diperoleh bagi kursus yang setara dengan kursus yang perlu diikuti. Gred untuk kredit yang dipindahkan akan diambil kira dalam menentukan purata nilai gred keseluruhan (PNGK);
 
c)kursus setara yang telah diambil itu hendaklah tidak melebihi tempoh lima (5) tahun daripada tarikh pendaftaran sebagai pelajar di universiti;
 
d)jumlah kredit maksimum yang boleh dipindahkan adalah tidak melebihi 30% bagi program secara kerja kursus dan 100% bagi program secara penyelidikan
dengan sekurang-kurangnya mendapat gred B atau setara;
 
e)Pemindahan kredit tidak boleh diberikan kepada kursus program pengajian yang pelajar gagal sebelum ini;
 
(iii) Pengecualian Kursus
 
a)pelajar yang telah mengikuti kursus di Universiti atau universiti luar boleh memohon pengecualian kursus yang telah diperoleh yang setara dengan kursus yang perlu diikuti. Pengecualian kursus adalah tertakluk kepada peraturan 11 (i) (d);
 
b)gred tidak diberikan untuk kursus yang dikecualikan dan tidak akan diambil kira dalam menentukan purata nilai gred keseluruhan (PNGK);
 
c)kursus yang telah diluluskan untuk pengecualian perlu digantikan dengan kursus yang lain;
 
d)permohonan untuk pengecualian ini perlu dibuat dalam semester pertama secara dalam talian;
 
e)pengecualian tidak boleh diberikan kepada kursus daripada program pengajian yang gagal sebelum ini;

 

Pautan Dokumen

Updated:: 22/03/2023 [aslamiah]

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
BWJYSAq:18:00