2023 | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» 2023

2023

Bil.
Perkara
Siri dan Tarikh Mesyuarat
Catatan
Pautan dokumen kelulusan (Kegunaan PTJ)
JKPSU
Senat
JPU
JKTK
LPU
1
Cadangan Semakan Semula Kurikulum Program Master Kejuruteraan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan (Pindah Kredit)
-
Minit Senat 716.02 (9 Mac 2023)
-
-
-
 
(iii) mengambil maklum bahawa susulan daripada maklum balas pihak MQA, satu perbincangan telah diadakan antara TNC (Akademik dan Antarabangsa), Pengarah CQA, Timbalan Dekan SPS dan Ketua Pentadbiran Akademik dan Antarabangsa pada 6 Mac 2023 dan bersetuju mengemukakan cadangan seperti berikut:

a. mengambil perhatian bahawa tiada pemindahan kredit daripada program bacelor kepada master kecuali bagi program integrasi bacelor sebagaimana ketetapan MQA;

b. memanfaatkan fleksibiliti yang diberikan oleh Surat Makluman MQA Bil. 6/2019 berkenaan pelaksanaan program integrasi bacelor dengan Senat memberikan kebenaran khas dari segi dasarnya untuk pelajar tahun akhir bacelor mengambil kursus teras program Master Secara Kerja Kursus sebagai kursus elektif bebas. Dalam hal ini kursus teras Master Secara Kursus lazimnya menggunakan kod 5000 dan di UPM kod 5000 hanya boleh diambil oleh pelajar PhD dan pelajar master manakala kursus kod 4000 diambil oleh pelajar Master dan pelajar bacelor sebagaimana ketetapan Senat. Sehubungan itu, adalah dicadangkan Senat memberi kebenaran khas untuk pelajar tahun akhir bacelor yang ingin mengikuti program integrasi bacelor mengambil kursus 5000 sebagai kursus elektif semasa di tahun akhir bacelor;

c. kursus teras program Master Secara Kerja Kursus sebagai kursus elektif bebas itu diambil dengan kebenaran Dekan atau wakilnya secara ‘over and above’ untuk membolehkan pelajar memindahkan kredit semaksimum mungkin (tidak lebih daripada 30%) bagi program Master Secara Kerja Kursus;

d. pelajar yang ingin mendaftar kursus teras di peringkat master sebagai kursus elektif bebas di peringkat bacelor hendaklah mendapatkan kebenaran dekan atau wakilnya. Dekan atau wakilnya hendaklah memastikan pelajar yang memohon mengikuti program integrasi bacelor adalah berada pada tahun akhir dan dengan Purata Nilaian Gred Keseluruhan semasa sekurang-kurangnya 3.000 serta telah memenuhi keperluan minimum body of knowledge di peringkat bacelor;

e. syarat pemindahan kredit daripada bacelor kepada master adalah lulus kursus elektif bebas dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B;

f. fakulti tidak perlu membuat semakan semula kepada kurikulum bagi Master Secara Kerja Kursus untuk tujuan peruntukan pindah kredit kerana pelajar tahun akhir bacelor akan mengambil kursus teras sedia ada di peringkat Master Secara Kerja Kursus sebagai kursus bebas. Selain itu, isu menyetarakan kursus juga tidak timbul. Walau bagaimanapun, fakulti hendaklah menyenaraikan kursus teras di peringkat master yang boleh diambil oleh pelajar tahun akhir sebagai kursus elektif bebas di peringkat bacelor;

(iv) turut mengambil maklum bahawa pemindahan kredit daripada bacelor kepada master ini hanya dibenarkan bagi kursus yang sama dan bukan kursus yang setara. Sebagai pencerahan, kursus teras Master Kerja Kursus yang boleh diambil oleh pelajar tahun akhir bacelor sebagai kursus elektif tidak dihadkan kepada kursus yang menggunakan kod siri 5000 tetapi juga boleh merangkumi kod siri 4000;

(v) merakamkan perhatian bahawa pemindahan kredit daripada bacelor kepada master ini turut memberi manfaat kepada pelajar kerana dapat mengurangkan kos pengajian pelajar di peringkat master dan dapat menarik lebih ramai pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat master. Ini mewujudkan win-win situation kepada pelajar dan universiti;

(vi) bersetuju meluluskan cadangan kebenaran pemindahan kredit daripada bacelor ke master bagi konsep/program integrasi bacelor sebagaimana yang dicadangkan dan dinyatakan pada perenggan (iii) dan (iv) di atas.

 

Pautan dokumen
2
Cadangan Instrumen Pengukuran Hasil Pembelajaran Program (PO) bagi Program Master dan Doktor Falsafah (PhD) secara Penyelidikan di UPM berdasarkan Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran MQA Edisi Kedua 2021 (SMDD 2021)
JKPSU ke-486 pada 27 Februari 2023
Senat 716.07 pada 9 Mac 2023
-
-
-
 
(h) bersetuju meluluskan cadangan instrumen pengukuran hasil pembelajaran (PO) program secara penyelidikan di UPM Mengikut Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran MQA 2021 (SMDD 2021).

 

Pautan dokumen
3
 
Cadangan Penyelarasan Perkara 14: Syarat Bahasa Inggeris dalam Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003
JKPSU ke-486 pada 27 Februari 2023
Senat 716.08 pada 9 Mac 2023
 -  -  -
bersetuju meluluskan cadangan penyelarasan Perkara 14: Syarat Bahasa Inggeris di dalam Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 sebagaimana yang dinyatakan pada perenggan (d) di atas dan syarat Bahasa Inggeris yang baharu ini berkuatkuasa mulai kemasukan Semester Pertama 2023/2024.
Pautan dokumen
4
Cadangan Pelaksanaan Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) bagi Program Master dan Doktor Falsafah Secara Penyelidikan di UPM
JKPSU ke-487 pada 23 Mac 2023
Senat 717.18 pada 13 April 2023
 -  -
Senat bersetuju meluluskan cadangan pelaksanaan Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) bagi Program Master dan Doktor Falsafah Secara Penyelidikan di UPM berkuatkuasa mulai Semester Pertama Sesi 2023/2024.
 
 
Pautan dokumen
5
Cadangan Pindaan Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2023)
 
JKPSU ke-488 pada 30 Mei 2023
Minit Senat 719.08 (g) pada 8 Jun 2023
- - -
Senat bersetuju meluluskan cadangan pindaan Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2023).
 Pautan dokumen
6
 
Cadangan Penetapan Semula Keperluan Kerja Kursus bagiProgram PhD dan Master Secara Penyelidikan di UPM 
 
JKPSU ke-488 pada 30 Mei 2023
 
Minit Senat 719.09 (i) pada 8 Jun 2023
Senat bersetuju meluluskan cadangan penetapan keperluan kerja kursus sebanyak enam (6) kredit minimum bagi program Master dan PhD Secara Penyelidikan di UPM untuk dilaksanakan bermula Semester Pertama 2023/2024.
 
 
 Pautan dokumen
7
 
Cadangan Penambahbaikan Kriteria Lantikan PengerusiJawatankuasa Peperiksaan Tesis Pelajar Siswazah 
JKPSU ke-488 pada 30 Mei 2023
 
Minit Senat 719.10 (f) pada 8 Jun 2023
Senat bersetuju meluluskan cadangan penambahbaikan kriteria lantikan calon Pengerusi Jawatankuasa Peperiksaan Tesis pelajar siswazah bagi kriteria lantikan selain daripada Fakulti/ Sekolah/Institut di mana pelajar ditempatkan atau dari bidang yang bersesuaian dengan penyelidikan pelajar.
 
 
 Pautan dokumen
8
Cadangan Perubahan Format Tesis Akhir Pelajar Siswazah Secara Penyelidikan Bermula Semester Pertama 2023/2024
 
JKPSU ke-491 pada 27 Julai 2023
Minit Senat 721.09 dan 723. 02(c) pada 14 September 2023
- - -
(a) bersetuju secara prinsipnya ke atas cadangan perubahan format tesis akhir pelajar siswazah secara penyelidikan dari format tesis saiz B5 kepada saiz A4 berdasarkan kepada para (e) di atas bermula pada Semester Pertama 2023/2024. Pihak SPS diminta untuk mengemukakan semula cadangan bagi transformasi pendigitalan dan penjimatan proses yang terlibat, untuk pertimbangan Senat Universiti.
 Pautan dokumen
9
 
Cadangan Pindaan Kepada Perkara 33 (Penangguhan Pengajian dan Penalti) dan Jadual Keenam (Kategori Status Pengajian) dalam Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2023)
 
JKPSU 493 pada 3 Oktober 2023
 
Minit Senat 724.13(i) pada 12 Oktober 2023
Senat bersetuju meluluskan cadangan pindaan pada Perkara 33 (Penangguhan Pengajian dan Penalti) dan Jadual Keenam (Kategori Status Pengajian) dalam Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2023).
 
 
 Pautan dokumen

Updated:: 15/12/2023 [aslamiah]

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFBOAm~