SAINS FORENSIK | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» SAINS FORENSIK

SAINS FORENSIK

Pengajian dan penyelidikan di dalam Sains Forensik merangkumi kajian berkenaan proses pereputan tisu termasuklah faktor persekitaran sperti tanah dan peranan mikro-organisma sebagai indikator. Skop bidang ini turut meliputi teknik pengenalpastian DNA, cap jari, tisu manusia, tulang, dan analisis kimia.  Penyelidikan dalam bidang sains forensik memberi ruang dalam pembangunan kaedah terkini dalam pengenalpastian kes forensik. Penyelidikan juga boleh menjurus kepada pembangunan imej digital rekonstruktif sesuatu struktur tercerai. Bidang ini juga meliputi penyelidikan berkenaan keupayaan dan peranan haiwan seperti anjing yang mampu mengesan tisu manusia, dadah, bom atau bahan terlarang.   Bidang sains forensik saling berkait dengan pelbagai disiplin seperti anatomi, fisiologi, mikrobiologi, kimia, farmakologi molekular dan toksikologi.


SYARAT KEMASUKAN
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut


SENARAI PAKAR

Fakulti Sains
Dr. Mohd Rashidi Abdull Manap

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Prof. Madya Dr. Mohamad Aris Mohd Moklas
Dr. Siti Fadziyah Mohamad Asri

Kemaskini:: 07/02/2021 [aslamiah]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
W, (11:00:13pm-11:05:13pm, 26 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]