[TERBUKA KEPADA PELAJAR TEMPATAN SAHAJA]
Dimaklumkan bahawa Kad Prihatin Siswa (KPS) merupakan salah satu daripada 11 agenda Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang telah dikemukakan kepada YAB Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yasin mantan Perdana Menteri Malaysia pada 30 Jun 2020. Antara objektif pelaksanaan inisiatif KPS adalah memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan kewangan terus kepada akaun pelajar, mentransformasikan ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus dan menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran/keistimewaan/ganjaran/promosi kepada pelajar.
WAJIB KEPADA SEMUA PENERIMA PTPTN TEMPATAN UNTUK MENDAFTAR KAD PRIHATIN SISWA. ADALAH DIMINTA BAGI PELAJAR YANG TELAH MENDAFTAR SEBELUM INI, UNTUK TIDAK MENDAFTAR SEKALI LAGI. PENDAFTARAN INI HANYALAH BAGI PERMOHONAN KALI PERTAMA SAHAJA.
Daftar sekarang di https://bit.ly/3n7qh0h.
TERKINI Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2022.
Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi Unit Hal Ehwal Pelajar dan Media Sekolah Pengajian Siswazah melalui sgs_putrasarjana@upm.edu.my.
#sgsupm
#WeLoveUPM
#BerilmuBerbakti
Updated:: 25/07/2022 [aslamiah]
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203