Program ini bertujuan menghasilkan warga pendidik dan ahli profesional yang dinamik dan berupaya memantau dan memperbaiki amalan serta boleh mengaplikasi pengetahuan secara praktikal, teori pendidikan dan penyelidikan untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Keunikan program ini adalah penekanan terhadap domain sosiologi pendidikan secara menyeluruh yang merangkumi perspektif mikro dan makro. Antara domain yang disentuh dalam aspek mikro adalah faktor-faktor dalam sekolah dan institusi pendidikan lain sebagai agen sosialisasi seperti budaya dan iklim persekitaran pendidikan, disiplin, rakan sebaya, dan kurikulum tersirat. Manakala dari aspek makro, domain yang dibincangkan termasuk institusi pendidikan sebagai satu sistem formal, profesion perguruan, kesaksamaan dalam pendidikan dan kepelbagaian budaya dalam pendidikan.
SYARAT KEMASUKAN
Klik di sini untuk keterangan lanjut
SENARAI PAKAR
Fakulti Ekologi Manusia
Dr. Nik Ahmad Sufian Bin Burhan @ Jaohari
Fakulti Pengajian Pendidikan
Prof. Dr. Aminuddin Hassan
Prof. Madya Dr. Norlizah Che Hassan
Dr. Mohd Mokhtar Muhamad
Dr. Shamsulariffin Samsudin
Kemaskini:: 19/12/2023 [aslamiah]

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services