PENGURUSAN PERLADANGAN LESTARI | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» PENGURUSAN PERLADANGAN LESTARI

PENGURUSAN PERLADANGAN LESTARI

Dalam usaha melahirkan tenaga pakar dalam bidang tanaman perladangan, salah satu disiplin yang harus diberi tumpuan adalah pengurusan perladangan lestari. Pengurusan ladang yang baik dan mesra alam sekitar akan memastikan peningkatan hasil yang mapan dan berterusan dan pada masa yang sama, tidak merosakkan alam sekitar. Isu alam sekitar sangat berkait dengan isu perubahan cuaca dunia dan pencemaran. Perubahan cuaca dijangka menjadi cabaran kepada sistem pertanian atau biosumber yang lain di masa hadapan.  Sebahagian besar pencemaran adalah daripada perbuatan manusia dan kegiatan pertanian dan ianya dapat dikurangkan melalui amalan pertanian baik. Di peringkat ladang, amalan ini termasuk penggunaan penggalak kesihatan tanah, kecekapan penggunaan air, kawalan tahap pencemaran dan larutlesap di ladang. Di peringkat pasaran dan kepenggunaan, pengguna dan peniaga yang cakna terhadap isu kelestarian akan meminta barangan ‘berasaskan nilai’ yang mana dikeluarkan melalui kaedah mesra alam yang meningkatkan kesejahteraan petani/peladang dan mengukuhkan ekonomi tempatan. Cabaran perdagangan antarabangsa kini pula menjurus kepada penggunaan hasil pertanian yang melepasi kriteria kelestarian di sepanjang rantaian bekalan. Justeru, perubahan sikap ‘pemain’ di sepanjang rantaian nilai komoditi pertanian, terutama pemilik ladang dan pekebun kecil, perlu diterapkan supaya hasil pertanian diterima serta mampu bersaing di pasaran antarabangsa.

Bidang yang ditawarkan ini menumpu kepada pelajar yang ingin menggabungkan ilmu dan kemahiran saintifik, teknikal, sosial, polisi dan peraturan ekonomi. Bidang antara disiplin ini dijangka dapat melengkapkan mereka dengan kefahaman mendalam dan memberi sumbangan signifikan kepada proses adaptasi amalan lestari, keseimbangan pembangunan pertanian lestari yang menggabungkan keuntungan ekonomi, mesra alam sekitar dan tanggungjawab/keadilan sosial. Tiga pilar pembangunan lestari tersebut akan menjadi asas kepada pengajian dan penyelidikan oleh pelajar yang akan mengikuti bidang ini.            

Graduan akan dapat mencebur diri dalam kerjaya sebagai ahli agronomi, ahli pembangunan ekonomi, penyelidik, pensyarah, perunding, dan pembuat dasar di organisasi kerajaan atau swasta. Kerjaya tersebut tidak terhad dalam negara, malah mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

 

ENTRY REQUIREMENTS
Click here for details

 

LIST OF EXPERTS

Prof. Dr. Mohamed Hanafi Musa
Assoc. Prof. Dr. Farrah Mellisa Muharam
Assoc. Prof. Dr. Zulkefly Sulaiman
Assoc. Prof. Dr. Mohd Yusof Bin Abd Samad
Assoc. Prof. Dr. Nolila Mat Nawi
Dr. Yasmeen Siddiqui
Dr. Sabrina Ho Abdullah

Kemaskini:: 31/12/2020 [haslinda_s]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (07:36:42am-07:41:42am, 06 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]