Kata Alu-Aluan | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» MENGENAI KAMI » MAKLUMAT KORPORAT » Kata Alu-Aluan

Kata Alu-Aluan

Sejak tahun 1993, selepas 20 tahun Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) ditubuhkan, SPS mengekalkan peranan utamanya sebagai pusat perkhidmatan yang berkaitan pengajian siswazah. SPS merupakan entiti komuniti akademik dan yang memberi sokongan yang jitu bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada kepada pelajar siswazah sepanjang pengajian siwazah yang dihadapi.

Dengan lebih daripada 11,000 pelajar siswazah yang kini belajar di 16 buah fakulti dan 11 buah institut, kami telah menjadi salah sebuah sekolah siswazah terkemuka di negara ini. SPS telah berkembang dengan pesat sejak penubuhannya sebagai Pejabat Sekolah Siswazah, dan menawarkan lebih 300 bidang pengajian di bawah program Sarjana dan PhD.

Status antarabangsa dapat dilihat dalam kalangan pelajar antarabangsa yang memilih UPM sebagai universiti pilihan mereka untuk melanjutkan pengajian dan penyelidikan. Kini, ia dapat menarik pelajar lebih daripada 80 buah negara di seluruh dunia dan membuktikan kejayaan kami dalam menjadikan UPM sebuah universiti bertaraf antarabangsa, selaras dengan visi universiti.

Pencapaian terbesar kami adalah dengan meningkatan bilangan pelajar siswazah, dan juga meningkatan kualiti projek penyelidikan yang dijalankan di UPM. Kunci kejayaan kami terletak pada usaha yang berterusan terhadap kecemerlangan dalam latihan  dan penyelidikan akademik merangkumi pelajar siswazah dan pegawai akademik yang berkaitan.

Saya percaya bahawa ia adalah komitmen kami bbersama untuk kecemerlangan, dan juga merupakan pelaburan dalam usaha berterusan dalam pengetahuan dan penyelidikan. Sesungguhnya UPM dapat memberikan sumbangan besar kepada pembangunan negara dan kemajuan teknologi demi negara, dan dunia.

 

BERILMU BERBAKTI

Professor Dr. Zalilah Mohd Shariff
Dekan

Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia

 

Kemaskini:: 25/02/2026 [aslamiah]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
W, (11:40:07pm-11:45:07pm, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]