
![]()
Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) adalah merupakan pusat perkhidmatan dan pentadbiran yang ditubuhkan untuk membantu para pelajar lepasan ijazah, iaitu sepanjang proses bermulanya pendaftaran mereka di UPM sehinggalah tamat pengajian.
Pada awalnya, ia ditubuhkan sebagai Unit Pengajian Siswazah pada tahun 1978, SPS kemudian berfungsi sepenuhnya sebagai Pejabat Sekolah Siswazah (GSO) pada bulan Februari 1993, untuk memberi perkhidmatan kepada pelajar siswazah yang jumlahnya semakin meningkat di UPM. Pada bulan Mac 2002, secara rasminya nama ditukar kepada Sekolah Pengajian Siswazah dan telah ditubuhkan sebagai pusat perkhidmatan yang mempunyai status yang sama dengan fakulti. Ini membawa peranan yang lebih besar dalam menguruskan semua program dan aktiviti siswazah di UPM.
SPS diilhamkan bukan sahaja sebagai pusat perkhidmatan bagi memudahkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pelajar siswazah, tetapi juga memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkan status UPM sebagai Universiti Penyelidikan (RU). Antara peranan utama SPS:
![]()
Menjadi sebuah sekolah siswazah terkemuka bertaraf antarabangsa.
![]()
Menyediakan program siswazah berkualiti dalam melahirkan graduan berilmu dan berpakaran yang dapat menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara.
![]()
Dalam usaha untuk memenuhi peranan SPS seperti yang dirancang semasa penubuhannya, matlamat kami adalah seperti berikut:
![]()
![]() |
PROFESOR DR. ROBIAH YUNUS 2017 - 2020 |
![]() |
PROFESOR DR. BUJANG KIM HUAT 2011 - 2016 |
![]() |
PROFESOR DR. HASANAH MOHD GHAZALI 2008 - 2011 |
![]() |
PROFESOR DATIN PADUKA DATO' DR. AINI IDERIS 2001 - 2008 |
Kemaskini:: 19/03/2025 [sharifahaishah]

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services