SEMINAR UNDANG-UNDANG BURUH
Mengurus Kes-Kes Salah Laku dan Perbicaraan Dalaman Mengikut Perundangan
Salam sejahtera,
Y. Bhg. Dato./Prof./ Dr./Tuan/Puan;
Unit Pembangunan Eksekutif dan Khidmat Rundingan (EDCS) di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan akan mengadakan sebuah Seminar Undang-Undang Buruh bertajuk;
Seminar ini adalah penting bagi majikan untuk mengurus disiplin pekerja di tempat kerja mengikut lunas-lunas perundangan.
Majikan perlu tahu selok-belok dalam penyiasatan dan proses mengurus tadbir perbicaraan dalaman sekiranya berlaku kes-kes berhubung dengan Undang-Undang Sivil dan Perusahaan. Kesan daripada kekurangan pengetahuan ini boleh mengakibatkan majikan dan seterusnya syarikat mengalami kerugian yang besar.
Justeru itu, seminar ini amat perlu dihadiri oleh para majikan bagi mengetahui proses dan tindakan berdasarkan Undang-Undang Buruh.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai seminar ini, anda boleh mengisi borang pendaftaran seperti yang dilampirkan dan memulangkan borang tersebut kepada seketariat seminar.
Tarikh akhir pendaftaran: 20 November 2013
Sila rujuk lampiran untuk keterangan lanjut. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi;
Cik Nur Nadjla Ahmad Razei
Seketariat Seminar
Unit Pembangunan Esekutif dan Khidmat Rundingan
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Putra Malaysia
Tel : 08-89467605 / 017-3843834
Email: edcs@upm.edu.my
Date of Input: | Updated: | amir_peli
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203