Program Joint / Dual / Double Degree | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» PROGRAM PENGAJIAN » PROGRAM KERJASAMA ANTARABANGSA UPM (UPM ICP) » Program Joint / Dual / Double Degree

Program Joint / Dual / Double Degree

PENGENALAN

Program Kerjasama Antarabangsa (ICP) adalah program yang dibangun dan ditawarkan secara bersama oleh UPM dengan institusi lain. Objektif utamanya adalah untuk mempromosikan dan memperkukuh kerjasama dua hala antara UPM dan institusi kerjasama, terutama dalam bidang penyelidikan dan penyeliaan bersama. Program ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk belajar di luar negara dan pada masa yang sama memperoleh ijazah dari UPM dan institusi kerjasama. Terdapat beberapa mod program, iaitu Ijazah Bersama, Ijazah Dual dan  Ijazah Berganda sebagaimana perincian berikut:

 Bil. Institusi Program Bidang Pengajian Keperluan Minimum Tempoh Bermastautin di Institusi Hos Bayaran Yuran Pengajian
1
University of Newcastle (UoN), Australia
Joint PhD
Agriculture, Environmental Science, Engineering, Computer Science, Information Technology, Business, Economics, Administration, Education, Health Sciences, Biology, Chemistry, Physics, Mathematics, Biotechnology, Food Science and Technology, Veterinary, Forestry, Social Sciences, Psychology, Human Development and Architecture.
PhD: 1 tahun
Yuran pengajian di Institusi Hos adalah dikecualikan
2
Kyushu Institute of Technology (Kyutech), Japan
 Double Master
Double PhD
Engineering, Computer Science and Life Science.
Master: 1 tahun
PhD: 2 tahun
Yuran pengajian di Institusi Hos adalah dikecualikan
3
Sharif University of Technology (SUT), Iran
Joint Master
Joint PhD
Social and Behavioural Science, Business and Administration, Physical Science, Mathematics, Engineering and Engineering Trades.
Master: 6 bulan
PhD: 1 tahun
Bayar kepada Institusi Hos sepanjang tempoh pengajian di sana
4
Maejo University (MJU), Thailand
Dual PhD
Food Engineering, Agricultural Process Engineering, Bioprocess Engineering, Packaging Engineering.
PhD: 1 tahun
Yuran pengajian di Institusi Hos adalah dikecualikan
5
IPB University, Indonesia 
Dual Master
Dual PhD
Biology, Environment, Physical Sciences, Mathematic, Statistics, Engineering and Engineering Trades, Manufacturing and Processing, Agriculture, Forestry, Fisheries and Veterinary
Master: 6 bulan
PhD: 1 tahun
Yuran pengajian di Institusi Hos adalah dikecualikan
6
Universitas Brawijaya (UB), Indonesia
Dual Master
Dual PhD
Education, Literature and Linguistics, Business and Administration, Biology, Physical Sciences, Mathematic, Computer Science, Engineering and Engineering Trades, Manufacturing and Processing, Agriculture, Forestry, Fisheries and Veterinary, Health, Tourism and Hospitality
Master: 6 bulan
PhD: 1 tahun
Yuran pengajian di Institusi Hos adalah dikecualikan
7
Kasetsart University (KU), Thailand
Dual Master
Dual PhD
Agriculture, Biotechnology, Business, Economy and Administration, Computer Science, Information Technology, Education, Engineering, Environmental Science, Forestry, Food Science and Technology, Health Sciences, Life Science, Chemistry, Physics, Mathematics and Veterinary.
Master: 6 bulan
PhD: 1 tahun
Yuran pengajian di Institusi Hos adalah dikecualikan
8
Islamic Azad University of Isfahan (IAU Isfahan), Iran
Dual Master
Dual PhD
Education, Literature and Linguistics, Social and Behavioural Sciences, Business and Administration, Mathematics, Engineering and Engineering Trades, Computer Science, Architecture, Agriculture, Forestry, Fisheries and Veterinary and Health
Master: 6 bulan
PhD: 1 tahun
Bayar kepada Institusi Hos sepanjang tempoh pengajian di sana
9
National Taiwan University (NTU), Taiwan
Dual PhD
Agriculture, Engineering, Food Science and Technology, Forestry, Biotechnology, Veterinary
PhD: 1 tahun
Yuran pengajian di Institusi Hos adalah dikecualikan

 

Nota:

  • Institusi Asal (Home Institution): Merujuk kepada institusi di mana pelajar mula mendaftar.
  • Institusi Hos (Host Institutions): Merujuk kepada institusi lain atau institusi kedua yang terlibat dalam program ijazah bersama, ijazah dual, atau ijazah berganda.

 

SYARAT KEMASUKAN
  • Telah menerima tawaran kemasukan penuh (Sarjana/PhD) ke Universiti Putra Malaysia.
  • Berdaftar dalam program Sepenuh Masa berasaskan penyelidikan.
  • Sedang berada dalam Semester Pertama atau Kedua pengajian, dengan status “Continue".
  • Memenuhi keperluan bahasa Inggeris seperti yang ditetapkan oleh UPM dan institusi rakan kerjasama.

 

PROSEDUR PERMOHONAN

1.

Memohon program Sarjana/PhD seperti biasa dan memperoleh tawaran kemasukan ke UPM.

2.

Mengenal pasti penyelia daripada universiti rakan yang berkaitan dengan bidang pengajian anda. Penyelia tersebut mestilah bersetuju untuk bekerjasama dengan penyelia anda di UPM bagi menyelia projek penyelidikan yang dicadangkan.

3.

Mengemukakan dokumen permohonan kepada Unit Perhubungan Institusi dan Bantuan Kewangan melalui emel:
  • Duly accomplished UPM-ICP Application Form yang telah dilengkapkan
  • Salinan sijil Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang disahkan;
  • Salinan transkrip Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang disahkan;
  • Salinan Kad Pengenalan / Pasport yang disahkan;
  • Salinan keputusan TOEFL/IELTS yang disahkan;);
  • Dua (2) salinan UPM-ICP Referee's Report;
  • Cadangan penyelidikan
  • Surat tawaran biasiswa/penajaan (jika ada);
  • Sekeping gambar berukuran pasport.
  

Kemaskini:: 13/05/2026 [aslamiah]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (04:57:55pm-05:02:55pm, 04 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]