Perjumpaan Khas Staf Pelaksana Sekolah Pengajian Siswazah | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» NEWS » Perjumpaan Khas Staf Pelaksana Sekolah Pengajian Siswazah

Perjumpaan Khas Staf Pelaksana Sekolah Pengajian Siswazah

Satu perjumpaan khas staf pelaksana Sekolah Pengajian Siswazah telah diadakan pada 9 Mac 2022, rabu yang disampaikan oleh Puan Norhasliza Hassan, Timbalan Pendaftar SPS. Perjumpaan diadakan secara dalam talian menggunakan zoom pada jam 3 petang dan berakhir pada 4.30 petang.

Antara intipati perjumpaan tersebut adalah ucapan selamat datang dan selamat bertugas kepada staf baru SPS iaitu Cik Pavithra sebagai Penolong Pendaftar bagi Unit Hal Ehwal Pelajar, Puan Suhaila sebagai Pegawai Eksekutif 3 di unit pengambilan dan Encik Amirul Afif Pegawai Eksekutif 3 di unit akademik.

Dalam perjumpaan tersebut, Puan Norhasliza juga membentangkan mengenai pembentukan satu unit baru iaitu Unit Kurikulum dan Data yang diketuai En Mohamad Hafiz Mohamad, pertukaran dan pertambahan potfolio timbalan dekan dan rombakan staf (penolong pegawai dan pembantu tadbir kanan) yang akan berkuatkuasa pada 21 Mac 2022.

Selain itu, maklumat mengenai cuti kuarantin bagi staf yang dijangkiti COVID-19 dan kontak rapat juga disampaikan agar semua staf jelas dan faham. Hal-hal lain turut disampaikan oleh Puan Norhasliza seperti 11 aspirasi naib canselor 2022, cadangan pembaharuan aktiviti kelab dan motivasi kepada staf SPS.

    

   

 

Date of Input: 09/03/2022 | Updated: 13/04/2022 | aslamiah

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFdMAI~