
| Master Pembangunan Komuniti |
| Master Pembangunan Komuniti (Kerja Kursus) ini memberi tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam membangunkan komuniti serta menganalisis isu semasa komuniti. Program ini meliputi pelbagai perspektif, teori, pendekatan dan amalan untuk mereka yang terlibat dalam penggubalan dasar, pemberi perkhidmatan sosial, kerja komuniti, dan pengembangan dalam sektor awam, swasta, badan bukan Kerajaan (NGO) termasuk organisasi berasaskan komuniti (CBO) serta ahli akademik. PENYELARAS PROGRAM Dr. Wan Munira Wan Jaafar Tel : +603-9769 7048 Emel: wanmunira@upm.edu.my https://eco1.upm.edu.my/ Sila klik di sini untuk maklumat lanjut. |
| Master Perancangan Kewangan Personal |
| Program ini dibentuk bersesuaian dengan mereka yang berminat untuk menjadi profesional kewangan yang kompeten dalam bidang kewangan personal. Kandungan program difokuskan secara khusus kepada membina pengetahuan dan kemahiran profesional yang diperlukan untuk menguasai pelbagai aspek pengurusan kewangan merangkumi pengurusan risiko, perancangan cukai dan zakat, strategi pelaburan serta estet dan perancangan persaraan. Pelajar akan mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam bidang perancangan kewangan personal dan berupaya menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan perancangan kewangan personal untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan isi rumah. PENYELARAS PROGRAM Prof. Madya Dr. Syuhaily Osman Tel : +603-9769 7109 Emel: shuly@upm.edu.my https://eco1.upm.edu.my/ Sila klik di sini untuk maklumat lanjut. |
| Master Politik dan Kerajaan |
| Fokus utama penawaran Program Master Politik dan Kerajaan secara Kerja Kursus adalah untuk menghasilkan golongan profesional yang berpengetahuan tinggi dalam bidang politik dan kerajaan serta mempunyai literasi politik dan demokrasi, kematangan, bijaksana dan berdaya saing melalui kursus-kursus yang disediakan. Selain itu, program ini juga dapat mewujudkan golongan profesional yang berkebolehan mengaplikasi ilmu serta kemahiran menganalisis secara kritikal dalam bidang politik dan kerajaan. PENYELARAS PROGRAM Prof. Madya Dr. Ku Hasnita Ku Samsu Tel : +603-9769 7878 Emel: hasnita@upm.edu.my https://eco1.upm.edu.my/ Sila klik di sini untuk maklumat lanjut. |
Kemaskini:: 19/08/2024 [aslamiah]

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services