Fakulti Rekabentuk Dan Senibina | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH sgs
» PROGRAM PENGAJIAN » PROGRAM SECARA KERJA KURSUS » Fakulti Rekabentuk dan Senibina

Fakulti Rekabentuk dan Senibina

 

 Master Inovasi Reka Bentuk Perindustrian (Pengambilan Semester Pertama Sahaja)
Program Master Inovasi Reka Bentuk Perindustrian bermatlamat untuk menghasilkan pereka bentuk profesional yang berpengetahuan lanjutan, berpemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta berkemahiran tinggi dalam penyelidikan, mengurus dan membina jaringan kolaborasi dengan pakar dari pelbagai disiplin dalam mengendalikan pembangunan produk baharu. Graduan akan berkebolehan untuk memberi sumbangan bermakna kepada lonjakan sektor perindustrian negara dan sosio-ekonomi melalui kelestarian pembangunan produk baharu yang mampu dikomersil dan dimanfaatkan serta menyumbang kepada kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu dalam reka bentuk.

Jangkamasa Program Master Inovasi Reka Bentuk Perindustrian adalah selama 1 tahun bersamaan 3 semester. Ianya dibangunkan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Standard Program: Seni Lukis dan Seni Reka (Art and Design) oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Universiti Putra Malaysia serta lain-lain badan berkuasa yang mengawasi dan memantau keberkesanan kurikulum bidang reka bentuk. Pengambilan pelajar baru akan berlaku pada bulan September setiap tahun. Para pelajar yang mengambil program ini perlu menyempurnakan 40 jam kredit sebagai syarat untuk bergraduat.

Penyelaras Program

Ts. Dr. Khairul Manami Kamarudin
Tel : +603-9769 4637
Emel: manami@upm.edu.my
http://www.frsb.upm.edu.my

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 Master Senibina Landskap (kemasukan semester kedua sahaja)
Program Master Seni Bina Landskap di UPM telah lama diwujudkan iaitu sejak tahun 1996 lagi serta ia merupakan satu-satunya program peringkat master yang diakreditasi oleh Institute Arkitek Landskap, Malaysia (ILAM). Program MLA di UPM mempunyai tenaga pengajar yang bertauliah serta berpengalaman daripada kalangan pensyarah di Jabatan Seni Bina landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM serta disokong pula oleh ahli professional bersekutu daripada firma-firma terkenal dari dalam dan luar Lembah Kelang.

Para pelajar MLA dikehendaki melengkapkan 62 kredit untuk bergraduat. Dalam keadaan biasa ini mengambil masa 5 semester. Pelajar dikehendaki membayar yuran kredit dan juga yuran semester. Mereka juga diperlukan untuk membayar sendiri kos lawatan lapangan, alat menulis dan melukis termasuk bahan melukis untuk pembentangan hasil kerja. Anda perlu menghubungi kami untuk mendapatkan pecahan terperinci yuran berkaitan.


Penyelaras Program

Dr. Noor Fazamimah Mohd Ariffin
Emel: fazamimah@upm.edu.my
http://www.frsb.upm.edu.my

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 Master Seni Bina (Pengambilan Semester Pertama Sahaja)
Master Seni Bina ialah program pascasiswazah 65 jam kredit secara kerja kursus. Ianya merupakan program ijazah professional setaraf dengan kelayakan professional Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Bahagian II. Program ini merupakan kesinambungan dari kelayakan  LAM Bahagian I yang dilaksanakan dalam program Bacelor Sains Seni Bina di UPM. Objektif utama program ini ialah untuk melahirkan graduan seni bina yang holistik, kompeten dan berkemahiran tinggi dalam bidang seni bina yang akan menjurus mereka ke peluang kerjaya dalam bidang rekabentuk, pengurusan projek, penyelidikan, academia dan industri pembinaan yang berkaitan. Graduan seni bina program Master Seni Bina di UPM akan berada di landasan yang betul untuk menjadi Arkitek Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).

Penyelaras Program

Ar. Aznida Azlan
Emel: idaazlan@upm.edu.my
http://www.frsb.upm.edu.my

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 Master Reka Bentuk Bandar Tropika (Pengambilan Semester Pertama Sahaja)
Program Master Reka Bentuk Bandar Tropika (MTUD) merupakan program yang dibentuk untuk memperkenalkan pendekatan bersepadu kepada pembangunan bandar tropika yang memfokus kepada kualiti ruang bandar dan kesejahteraan penghuni bandar. Program ini dibentuk dengan pembelajaran berbentuk kolaborasi projek dengan organisasi luar dan komuniti dengan penglibatan universiti dan pelajar dari negara ASEAN. Penekanan diberikan kepada aspek revitalisasi ruang bandar, reka bentuk bandar tropika dan sosio-ekonomi bandar. Program ini terdiri daripada gabungan studio, syarahan, tutorial serta lawatan akademik ke dalam dan luar negara.

Jumlah minimum kredit untuk bergraduat bagi program ini adalah sebanyak 42 kredit dan tempoh minimum pengajiannya adalah tiga (3) semester. Pelajar yang bukan daripada bidang reka bentuk perlu mengambil tambahan 6 kredit kursus asas semasa Semester 1.

Penyelaras Program

Prof. Madya Ts. Dr. Norsidah Ujang
Emel: norsidah@upm.edu.my
http://www.frsb.upm.edu.my

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 Master Pengurusan Landskap Lestari (Pengambilan Semester Pertama Sahaja)
Program Matser Pengurusan Landskap Lestari memberi penekanan terhadap aspek pengurusan persekitaran yang efisien, inovatif, kreatif dan mesra alam ke arah pembangunan lestari. Program Master Pengurusan Landskap Lestari dibentuk untuk memberi penekanan terhadap pengetahuan lanjutan dalam amalan pengurusan landskap lestari, kemahiran mengaplikasi teknologi pengurusan landskap serta aspek etika dan profesionalisma dalam mengendalikan projek pengurusan landskap.

Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran teknikal lanjutan dalam bidang pengurusan landskap lestari selaras dengan keperluan semasa. Pelajar perlu menyempurnakan satu (1) tahun pengajian dan sekurang-kurangnya empat puluh (40) kredit sebagai syarat untuk bergraduat. 

Penyelaras Program

Ts. Emran@Zahrin Mohamad Taram
Emel: emran@upm.edu.my
http://www.frsb.upm.edu.my

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 Master Pengurusan Teknologi Pembinaan (Pengambilan semester pertama sahaja)
Program MCTEM ialah program induk kerja kursus selama 12 bulan dengan disertasi, yang menyediakan profesional pembinaan dalam persekitaran penyampaian projek bersepadu (IPD) tangkas. IPD meliputi keseluruhan proses kitaran hayat daripada fasa pra-pembinaan, pembinaan dan pasca-pembinaan yang melibatkan komunikasi berkolokasi dan tidak berkolokasi. Program ini mendedahkan pelajar ke arah budaya BIM dan menggunakan Pengurusan Nilai untuk membuat keputusan dan pengurusan maklumat.

Program MCTEM bertujuan untuk profesional alam bina, pengurus amalan profesional, profesional reka bentuk-bina, pengurus syarikat pembinaan, pengurus projek pembinaan, pembekal bangunan dan teknologi untuk industri pembinaan.

Berminat? Datang dan sertai kami di Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina, UPM dan menjadi profesional bangunan global dalam industri pembinaan.

Penyelaras Program

Emel: mctem@upm.edu.my
http://www.frsb.upm.edu.my

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
Brosur Program

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemaskini:: 11/04/2025 [aslamiah]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
W, (07:22:26pm-07:27:26pm, 23 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]