» MENGENAI KAMI » EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
Latar belakang
EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.
Penyataan Komitmen EKSA UPM
“Kami pekerja UPM komited mengamalkan budaya organisasi berprestasi tinggi melalui penyediaan persekitaran kerja kondusif serta budaya kerja berinovatif dan kreatif dengan penerapan amalan hijau".
Motto EKSA UPM
''Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti."
Visi
Peningkatan kualiti dan produktiviti perkhidmatan dengan persekitaran tempat kerja yang kondusif.
Misi
Melaksanakan tugas dengan cekap, berkesan dan lebih produktif.