1.Buah-buahan jenis masam (sitrus)
Buah-buahan sitrus kaya dengan Vitamin C yang dipercayai membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Sel darah putih amat penting dalam membantu tubuh melawan jangkitan virus dan bakteria. Buah-buahan sitrus juga mengandungi antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Buah sitrus haruslah diambil mentah atau begitu sahaja kerana suhu yang tinggi boleh memusnahkan kandungan Vitamin C yang terdapat dalam buah sitrus. Antara buah-buahan sitrus yang boleh anda makan atau buat minuman ialah limau gedang, limau nipis, buah oren dan lemon.
2.Paprika Merah
Paprika merah mengandungi hampir 3 kali lebih banyak vitamin C (127 mg Sumber Dipercayai) daripada oren Florida (45 mg Sumber Dipercayai). Ianya juga sumber beta carotene yang kaya. Selain meningkatkan sistem kekebalan tubuh anda, vitamin C dapat membantu anda menjaga kulit yang sihat. Sistem badan akan mengubah beta carotene menjadi vitamin A, membantu menjaga kesihatan mata dan kulit anda.
3.Brokoli
Brokoli kaya dengan vitamin dan mineral. Ditambah dengan vitamin A, C, dan E, serta serat dan banyak antioksidan lain, brokoli adalah salah satu sayuran paling sihat yang boleh anda jadikan makanan harian anda.
4.Bawang Putih
Bawang putih memiliki bahan aktif alisin yang boleh melawan jangkitan dan bakteria. Pengambilan dua ulas bawang putih mentah sehari atau mencampurkannya dalam masakan boleh memberi kebaikan pada tubuh.
5.Halia
Halia boleh membantu mengurangkan keradangan, sakit tekak dan menghilangkan mual. Halia juga banyak digunakan dalam masakan dan ia dipercayai boleh mengurangkan kolesterol dalam badan sesorang.
6.Bayam
Bayam bukan hanya kaya dengan vitamin C, malah juga kaya dengan antioksidan dan beta karoten, yang dapat meningkatkan kemampuan memerangi jangkitan sistem imun kita. Sama seperti brokoli, bayam paling sihat jika dimasak dalam masa yang singkat supaya dapat mengekalkan nutriennya.
7.Yogurt
Yogurt contains probiotics, which are healthy bacteria that keep the intestines free of disease-causing germs. Consuming only 198 grams of yogurt a day can help the body become healthier and stronger.
8.Cendawan
Dikatakan ada 300 spesies cendawan yang bertindak sebagai turbo shot terhadap imuniti tubuh dan membantu proses detokfikasi dan support healthy gut flora. Cendawan shiitake dan cendawan white button antara contoh cendawan yang bagus untuk imuniti.
9.Kerang
Makanan laut seperti tiram, udang galah, ketam dan kerang mengandungi selenium yang membantu sel darah putih menghasilkan cytokin iaitu sejenis protein yang menyingkirkan virus selesema dari tubuh.
10.Teh Hijau
Dikenali antara minuman yang paling berkhasiat, teh hijau kaya dengan Vitamin C dan flavonoid, sejenis antioksida yang membantu tubuh melawan pembentukan radikal bebas. Teh hijau juga mengandungi epigallocatechin gallate (EGCG) sejenis antioksida yang sangat berkesan untuk mempertingkatkan daya ketahanan tubuh badan. Terdapat lebih banyak kaedah untuk meningkatkan sistem ketahanan badan anda. Makan salah satu daripada cadangan makanan ini tidak mencukupi untuk melawan selesema atau jangkitan lain, walaupun diambil secara berkala. Dapatkan nasihat pakar saiz hidangan dan kuantiti pengambilan harian yang disyorkan agar badan anda mendapat cukup vitamin.
Sumber :
Tarikh Input: 30/10/2020 | Kemaskini: 27/05/2021 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218