Mata merupakan organ anugerah tuhan yang sangat berharga, oleh itu kesihatan mata perlu diambil kira sebagai salah satu daripada penjagaan kesihatan. Untuk memastikan kita dapat menikmati penglihatan yang baik dan berpanjangan, kita perlu menitikberatkan soal kesihatan mata dan menjaga keseluruhan fungsi penglihatan. Kita perlu mendapatkan pemeriksaan mata secara berkala untuk memastikan fungsi penglihatan adalah baik.
1. Makanan Untuk Mata
Pemakanan yang betul memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan mata dan dapat mencegah daripada penyakit mata. Pastikan makanan seharian yang anda ambil sedikit sebanyak dapat memberi nutrisi penting bagi mengekalkan kesihatan mata. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C – susu, sayur (terutama lobak dan brokoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.
2. Senaman Untuk Mata
3. Berpaling daripada komputer dan telefon pintar
Kebanyakan pekerjaan memerlukan penggunaan komputer selama beberapa jam sehari. Penggunaan telefon pintar secara berlebihan turut boleh menyebabkan risiko masalah mata, terutamanya penggunaan di dalam gelap. Penggunaan komputer dengan cara betul dapat menjamin kesihatan mata yang baik. Beberapa panduan disediakan bagi pengguna komputer iaitu :
4. Pemeriksaan mata berkala
Dapatkan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan tahap penglihatan dan kesihatan mata anda sentiasa berada dalam keadaan baik.
Dapatkan nasihat doktor dengan segera jika anda mempunyai masalah berikut :
5. Gunakan Cermin Mata Hitam
Cermin mata hitam (sunglasses) ialah cermin mata yang memberikan perlindungan sinaran Ultra Violet (UV) daripada cahaya matahari. Pastikan anda mendapatkan nasihat daripada optometris ketika memilih cermin mata hitam yang sesuai dengan anda. Cermin mata hitam yang baik adalah yang dapat menapis dan memberi perlindungan sebanyak 99-100% UVA dan UVB daripada cahaya matahari. Sinaran UV boleh menyebabkan katarak.
Sumber: Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.myhealth.gov.my/
Tarikh Input: 28/04/2022 | Kemaskini: 22/06/2022 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203