Cara Membuat Kawan Baharu Di Institut Pengajian Tinggi | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» ARTIKEL » Cara Membuat Kawan Baharu di Institut Pengajian Tinggi

Cara Membuat Kawan Baharu di Institut Pengajian Tinggi

Seni bersosial dikuasai oleh segelitir orang sahaja. Jadi ia mungkin menyukarkan mereka untuk bertemu rakan baharu di univerisiti atau kolej. Kebiasaanya, ia sangat normal bagi pelajar baharu tidak mempunyai ramai kenalan pada awalnya. Namun tidak perlu risau kerana ia hanya berlaku pada permulaan sahaja. Maklumlah, bertemu dengan wajah-wajah baru dari pelbagai latar belakang budaya dan agama, mestilah perlu masa untuk  mengenali antara satu sama lain. Memang ia akan menjadi suatu perjalanan yang mencabar lebih-lebih lagi jika tidak mempunyai seni bersosial yang baik seperti pemalu atau berat mulut. Jika tersilap langkah, mungkin orang lain akan salah anggap atau lagi menjauhkan diri dari anda. Namun begitu, jika kena pada cara dan langkahnya, mudah sahaja untuk mendaptkan kenalan di tempat baharu.  Disini, ada beberapa tips dan cara yang mungkin boleh membantu anda untuk membuka langkah untuk berkenalan di univeristi atau kolej.

TIP 1: PERKENALKAN DIRI ANDA

Berkenalanlah dengan rakan sebilik anda terlebih dahulu. Ini kerana, mereka adalah orang yang sering anda temui setiap hari di dalam bilik untuk sepanjang semester. Oleh itu, mulakan dengan perkenalkan nama dan negeri asal anda dan seterusnya program yang diambil di universiti. Dari sesi perkenalan pertama itu, pasti akan menjadi titik tolak untuk menjadi lebih rapat setiap hari.

TIP 2: SERTAI KELAB

Menyertai kelab di universiti merupakan cara terbaik untuk bertemu dengan lebih ramai orang yang berlainan latar belakang. Manatahu anda akan bertemu dengan rakan yang mempunyai minat yang sama dengan anda ataupun berasal dari negeri yang sama. Pasti anda teruja kan. Jadi, rajin-rajinkanlah diri untuk mencari kelab-kelab yang sesuai dengan minat anda agar lebih terdorong untuk bersosial dan bertemu dengan ramai orang.

TIP 3: SERTAI KUMPULAN MEDIA SOSIAL

Di zaman moden ini, sudah pasti setiap program pengajian mempunyai  beberapa halaman kumpulan di Facebook, Instagram dan Twitter yang mengumpulkan komuniti di bawah program pengajian yang sama. Jadi, anda  boleh mencari komuniti ini dan menjadi ahlinya untuk mngetahui lebih banyak tentang isu semasa di dalam kampus di samping bertemu dengan rangkaian kawan yang lebih luas dan berkenalan dengan ramai orang.

TIP 4: BERADA DI KAMPUS

Luangkan banyak masa anda untuk berada di sekitar kampus. Contohnya, anda boleh pergi ke perpustakaan universiti untuk menyiapkan tugasan atau belajar berkumpulan berbanding menyiapkannya di kolej kediaman. Dengan itu, anda akan lagi familiar dengan susana kampus dan bertemu dengan rakan kuliah anda di sana. Berada di sekitar kampus boleh membuka peluang anda untuk bercakap dan berteman dengan ramai orang.

TIP 5: MENGHADIRI ACARA KAMPUS

Di peringkat universiti, terdapat banyak acara akan dijalankan termasuklah acara sukan, kebudayaan, bahasa dan sebagainya. Oleh itu, anda harus mencari inisiatif untuk menyertai beberapa acara universiti yang diminati agar dapat bertemu lebih ramai orang dan kenalan. Keluar dari zon selesa dan hadirkan diri di acara-acara ini pasti akan membuat anda lagi seronok dan teruja sepanjang proses pengajian.

 

Tarikh Input: 30/09/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | azimin

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXDTOAN~