Jenis-Jenis Topeng Muka Yang Efektif Melawan COVID-19 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» ARTIKEL » Jenis-Jenis Topeng Muka yang Efektif Melawan COVID-19

Jenis-Jenis Topeng Muka yang Efektif Melawan COVID-19

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Topeng muka adalah kaedah paling mudah bagi menurunkan kadar penyebaran virus corona dan menyelamatkan nyawa.  Menurut Centers for Disease Control and Prevention, pemakaian topeng muka di tempat awam telah menunjukkan pengurangan penyebaran COVID-19, kerana individu yang mempunyai simptom boleh menyebarkan virus dengan mudah. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa topeng muka yang lebih efektif dari yang lain.

Topeng muka kain/fabrik:

Topeng muka kain/fabrik memerangkap zarah-zarah yang dilepaskan oleh individu apabila bersin, batuk atau bercakap. Ianya membantu mengurangkan penyebaran virus, mudah didapati atau dibuat dan boleh dibasuh untuk dipakai semula. Penting bagi pemakai untuk tidak sentuh topeng muka mereka dan jika tersentuh perlulah segera memakai hand-sanitizer atau mencuci tangan. Jika topeng muka tersebut basah atau kotor, pemakai perlulah menukar yang baharu. Topeng muka jenis ini tidak boleh dikongsi.

Topeng muka pembedahan:

Topeng muka pembedahan juga dikenali sebagai topeng muka perubatan. Ianya melindungi hidung dan mulut daripada zarah-zarah yang membawa kuman. Ianya direka untuk melindungi pemakai daripada semburan atau percikan yang boleh memasuki hidung dan mulut pemakai. Topeng muka ini juga boleh menapis keluar zarah besar di udara dan memastikan zarah dari pemakai tidak disebarkan. Topeng muka ini boleh digunakan sekali sahaja.

Topeng muka N95:

Topeng muka N95 memberi perlindungan lebih tinggi daripada topeng muka pembedahan dan topeng muka kain/fabrik kerana ia boleh menapis keluar zarah besar dan kecil semasa pemakai bernafas. Ia dinamakan topeng muka N95 kerana direka untuk menghalang 95% zarah atau cecair dari luar ke muka pemakai. Bagaimanapun, topeng muka ini bukan untuk kegunaan awam dan perlu dikhaskan untuk pegawai perubatan. Ia juga tidak sesuai untuk kanak-kanak dan individu yang mempunyai janggut atau jambang.  Pegawai perubatan telah menguji dengan tepat untuk topeng muka ini, dan seperti topeng muka pembedahan, ia hanya boleh digunakan sekali sahaja, walaupun para penyelidik memeriksa cara yang berkesan untuk membersihkan topeng ini.

Topeng muka dengan injap:

Topeng muka ini memudahkan pemakai untuk bernafas, tetapi pemakai tetap akan melepas kuman melalui zarah yang dilepaskan ke persekitaran mereka. Kebanyakan bahagian perubatan seluruh negara telah melarang penggunaan topeng muka  dengan injap. Ia melindungi pemakai, tetapi tidak melindungi orang disekeliling pemakai. Jika pemakai mempunyai simptom, ia boleh merebak dengan mudah kepada orang disekeliling. Oleh kerana sebab utama pemakaian topeng muka adalah untuk melindungi orang lain, topeng muka yang mempunyai tapisan adalah pilihan yang lebih baik.

Tarikh Input: 28/08/2020 | Kemaskini: 28/08/2020 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXESVAn~