Kisah Kejayaan: Dr. Noordiana Nordin | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» ARTIKEL » Kisah Kejayaan: Dr. Noordiana Nordin

Kisah Kejayaan: Dr. Noordiana Nordin

(Artikel ini telah disumbangkan oleh Dr. Noordiana Nordin, graduan Doktor Falsafah dalam Teknologi Sensor)

"Semasa hari-hari awal sebagai calon PhD, saya mendapati ia sangat mencabar untuk menyeimbangkan jadual pengajian saya dan kehidupan keluarga," teringat Noordiana. Dia merupakan seorang ibu yang mempunyai empat orang anak yang kesemuanya berumur 11 tahun dan ke bawah. Di samping itu, Noordiana pernah menghadapi ujian hidup ketika ayahnya berjuang melawan penyakit yang dihidapinya. Selain membawa ayahnya ulang-alik ke hospital, beliau juga menjaga ibu dan adik-beradiknya. Dalam keadaan itu, Noordiana berjaya menguatkan semangatnya. Beberapa lama kemudian bapanya pulih dan Noordiana meneruskan pengajiannya.

Walaupun mempunyai jadual yang padat, Noordiana berjaya memberi komitmen kepada pengajian dan keluarganya. Noordiana berkata bahawa perjalanan kedoktorannya tidak akan menjadi mudah jika tidak kerana sokongan suami dan keluarganya serta sikap disiplin yang padanya sejak muda. Pada 4 November 2017, beliau telah dianugerahkan PhD untuk tesisnya dalam Teknologi Sensor yang mana beliau menerima anugerah khas Pingat Emas MVP.

Sebelum Noordiana sambung PhD, beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Laboratory of Food Safety and Food Integrity, Institut Pertanian Tropika dan Keselamatan Makanan (ITAFoS), UPM. Pengajiannya di UPM telah meningkatkan minatnya terhadap penyelidikan dan dia mahu menyumbang kepakarannya kepada masyarakat. Selain latar belakang pendidikannya yang baik, kualiti peribadi dan pengalaman yang luas, beliau juga mempunyai semangat untuk melakukan inovasi dan akan menggunakan pengetahuannya untuk membangunkan inovasi yang berguna.

Apabila terkenang kembali zaman pengajian siswazahnya, Noordiana memberi kredit kepada program-program yang dianjurkan Putra Saujana di bawah Sekolah Pengajian Siswazah sebagai sumber yang sangat bermanfaat. Bukan sahaja beliau mendapat bimbingan untuk pengajian doktor dalam program itu, bahan-bahannya juga berguna untuk diamalkan dalam kerjaya dan kehidupan secara amnya.

Noordiana sentiasa merancang dan berfikir secara strategik dan akan mengikuti rancangan itu secara berdisiplin. Noordiana sentiasa berdedikasi dan rajin ketika cuba mencapai matlamatnya. Dia tidak membiarkan mana-mana perkara menghalang perjalanannya; dia gigih berusaha ke arah impiannya. Dia mempunyai keyakinan tinggi dan mengingati apa yang benar-benar penting dalam kehidupannya dan tidak mudah menyerah kalah.

Dr. Noordiana Nordin memenangi Pingat Emas MVP Doktor Falsafah pada tahun 2017.

"Jika kita fikir cabaran-cabaran yang kita hadapi begitu begitu hebat, ada orang lain yang menerima ujian yang lebih berat. Jangan berputus asa dan teruskan perjuanganmu."




Tarikh Input: 03/09/2018 | Kemaskini: 22/10/2018 | azimin

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEZNAZ~