Kisah Kejayaan: Kiven Kumar A / L Karunanithi | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» ARTIKEL » Kisah Kejayaan: Kiven Kumar a / l Karunanithi

Kisah Kejayaan: Kiven Kumar a / l Karunanithi

(Artikel disumbangkan oleh Kiven Kumar a / l Karunanithi, Sarjana Sains)

Kiven Kumar ialah seorang yang sangat  meminati subjek Biologi sejak dia berada di sekolah menengah lagi dan terinspirasi oleh guru sains beliau iaitu Mdm. Ismaliza Ishak. Beliau adalah seorang pelajar sekolah menengah yang biasa, tetapi dengan tekad serta usaha yang konsisten, dia berjaya menemui jalan untuk mencapai matlamatnya.

Sepanjang perjalanannya menuju kejayaan, beliau melalui banyak rintangan termasuk cabaran kewangan. Menjadi anak yatim tanpa sokongan kewangan, dia selalu memerlukan wang untuk membeli buku dan membayar yuran sekolah. Dia terpaksa berjalan hampir 4km setiap hari ke sekolahnya, SMK Jalan Tasek untuk menjimatkan wang.

Selepas STPM, beliau memohon ijazah pertama di salah sebuah universiti awam. Bagaimanapun, disebabkan oleh kekangan kewangan, beliau tidak dapat meneruskan pengajian selama hampir setahun. Kiven terpaksa bekerja di AEON sebagai Pembantu Jualan sebelum mendapat ijazah pertama di UNISEL dalam Sarjana Muda Bioteknologi Perindustrian jurusan Mikrobiologi.

Sebelum Kiven mengambil ijazah sarjana di UPM, beliau bekerja di kedai kopi Starbucks di Ipoh sebagai barista untuk mendapatkan wang sampingan. Dia sangat berminat untuk mengkaji tentang virus (virologi). Walau bagaimanapun, tidak banyak kursus virologi yang ditawarkan di Malaysia. Fakulti Perubatan Veterinar hanya menawarkan kursus veterinar. Kajiannya sangat mencabar kerana dia perlu mengumpul sampel darah dari pelbagai haiwan termasuklah lembu, kerbau, babi, burung, anjing, kucing dan monyet. Walau bagaimanapun, beliau menikmati masa ini dan amat berterima kasih kepada penyelianya, Prof. Dr. Siti Suri Arshad kerana membimbing dan menyokongnya sepanjang pengajiannya.

Melihat kembali masa lampau, dia sememangnya bersyukur kerana dia berjaya melalui banyak cubaan dan kesusahan yang telah membentuk siapa dia hari ini. Petikan oleh model peranannya A. P. J. Abdul Kalam, "Impian bukan perkara yang anda lihat dalam tidur tetapi perkara yang tidak membiarkan anda tidur" akan sentiasa memberi inspirasi kepadanya.

Kiven kini mengejar PhD dalam Struktur Biologi di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.

Kiven Kumar memenangi Pingat Emas Tesis di Majlis Konvokesyen UPM ke-42.

 


"Marilah kita percaya kepada diri sendiri supaya kita dapat mencapai matlamat  dan memenuhi impian kita. Marilah kita menjadi yang terbaik agar kita dapat mengisi kehidupan kita dan kehidupan orang-orang yang paling dekat dengan kita dengan kebahagiaan serta kebanggaan"


Tarikh Input: 22/11/2018 | Kemaskini: 14/10/2019 | azimin

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
03-9769 4232
C1585487186