
Manusia dan plastik bagai tidak boleh dipisahkan kerana ramai bergantung kepada penggunaan barangan plastik dalam kehidupan harian. Boleh dikatakan setiap rumah pasti mempunyai barangan plastik kerana kelebihannya tahan lama, kalis air, cantik dan murah menyebabkan ia sentiasa menjadi pilihan masyarakat selain membantu memudahkan banyak urusan harian mereka.
Tidak kurang juga ramai menganggap lambakan penggunaan bahan plastik sebagai isu remeh sehinggakan mereka membuang sampah merata-rata dan bukan di tempat sepatutnya. Namun di sebalik itu, ramai tidak menyedari plastik adalah musuh ‘senyap’ kepada manusia dan boleh ‘membunuh’.Ada banyak langkah untuk mengurangkan bebanan plastik kepada alam sekitar dan kehidupan, contohnya:
a) menggantikan penggunaan bekas makanan polisterin dan plastik sekali guna kepada bekas diperbuat daripada bahan mesra alam;
b) menggalakkan warga kampus untuk membawa bekas makanan dan minuman sendiri;
c) tidak menggunakan penyedut minuman yang diperbuat dari plastik sekali guna;
d) tidak menyediakan piring/ pinggan/ mangkuk atau kutleri bersifat plastik sekali guna;
d) menggantikan beg plastik sekali guna kepada beg mesra alam; dan
e) menggantikan penggunaan botol plastik kepada botol kaca atau jag air.
Walaupun Langkah ini kelihatan sebagai usaha yang kecil, namun jika kita dapat mengekalkan amalan ini secara berterusan, penggunaan plastik akan berkurangan dari semasa ke semasa.
Sumber : https://www.hmetro.com.my/sihat/2018/12/399888/bahaya-plastik-terhadap-kehidupan
Tarikh Input: 30/06/2024 | Kemaskini: 22/10/2024 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services