LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN 2020
Malaysia Prihatin yang dipilih menjadi tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini membawa maksud yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia selari dengan keadaan negara yang masih berdepan dengan pandemic Covid-19.
Gabungan perkataan ‘Malaysia’ dan ‘Prihatin’ menggambarkan seluruh rakyat di negara ini turut sama memerangi wabak itu serta kecaknaan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat.
Untuk sambutan kali ini, logo berbentuk hati menjadi pilihan dengan warna-warna bendera Jalur Gemilang menjadi latarnya, melambangkan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Berikut adalah maksud logo Malaysia Perihatin :
MALAYSIA : Menggambarkan seluruh rakyat Malaysia turut sama memerangi Covid-19.
PRIHATIN : Inisiatif Kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan, dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.
LOGO BERBENTUK HATI :
Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum.
WARNA BIRU TUA:
Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
BULAN SABIT :
Islam adalah agama bagi persekutuan.
BINTANG PECAH 14 :
Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan.
7 JALUR MERAH PUTIH BERBENTUK HATI :
Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.
STIGMA BUNGA RAYA :
Membawa negara menuju ke mercu kejayaan.
5 TITIK MERAH :
Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa.
Rujukan :
Tarikh Input: 28/09/2020 | Kemaskini: 02/11/2021 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203