Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» ARTIKEL » Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) merupakan agenda teras 2030 dalam pembangunan lestari yang dipersetujui oleh pemimpin dunia pada 25 September 2015 di Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. SDG adalah kesinambungan kepada agenda pembangunan selepas Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) berakhir pada tahun 2015. MDG terdiri daripada 8 Matlamat dan 21 Sasaran, manakala SDG telah diperluaskan kepada 17 Matlamat dan 169 Sasaran yang meneruskan usaha untuk mencapai agenda 2030 dalam kestabilan tiga dimensi pembangunan lestari, iaitu sosial, ekonomi, dan alam sekitar.


SDG adalah sekumpulan 17 Matlamat dan 169 Sasaran yang merangkumi:

1. Tiada Kemiskinan
Membasmi semua bentuk kemiskinan di seluruh dunia

2. Tiada Kelaparan
Menghentikan masalah kelaparan, mencapai sasaran jaminan makanan dan pemakanan yang lebih baik serta menggalakkan pertanian lestari

3. Kesihatan dan Kesejahteraan Baik
Memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan pada semua peringkat umur

4. Pendidikan Berkualiti
Memastikan pendidikan secara menyeluruh dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua

5. Kesetaraan Jantina
Mencapai kesaksamaan gender dan memperkasa semua golongan Wanita

6. Air Bersih dan Sanitasi
Memastikan ketersediaan dan kelestarian pengurusan air dan sanitasi untuk semua

7. Tenaga Bersih dan Berpatutan
Memastikan akses kepada tenaga mampu milik, boleh dipercayai, lestari dan moden untuk semua

8. Kerja yang Decent dan Pertumbuhan Ekonomi
Menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan, menyeluruh dan lestari, guna tenaga penuh dan produktif serta pekerjaan yang baik untuk semua

9. Industri, Inovasi dan Infrastruktur
Membangunkan infrastruktur berdaya tahan, menggalakkan perindustrian menyeluruh dan mampan serta merangsang inovasi

10. Pengurangan Ketidaksamaan
Mengurangkan ketidaksamaan dalam negara dan antara negara

11. Bandar dan Komuniti Lestari
Menjadikan bandar dan penempatan manusia sebagai menyeluruh, selamat, berdaya tahan dan mampan

12. Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab
Memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang mampan

13. Tindakan Iklim
Mengambil tindakan segera untuk menangani perubahan iklim dan kesannya

14. Hidup di Bawah Air
Memulihara dan menggunakan sumber lautan, laut dan marin secara mampan untuk pembangunan mampan

15. Hidup di Darat
Melindungi, memulihkan dan menggalakkan penggunaan lestari ekosistem daratan, menguruskan hutan secara lestari membanteras penggunaan, menghentikan dan memulihkan kemerosotan tanah dan menghentikan kehilangan biodiversiti

16. Keamanan, Keadilan dan Institusi Yang Kuat
Mengelakkan pembentukan masyarakat yang aman dan menyeluruh untuk pembangunan mampan, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institui yang berkesan, bertanggungjawab dan menyeluruh pada semua peringkat

17. Perkongsian untuk Matlamat
Memperkukuhkan kaedah pelaksanaan dan menggiatkan semula Perkongsian Global untuk Pembangunan Mampan

 

 

 

Sumber : United Nations Department of Economic and Social Affairs Sustainable Development - The 17 Goals
https://sdgs.un.org/goals

Tarikh Input: 06/08/2024 | Kemaskini: 06/02/2025 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
F, (01:26:05pm-01:31:05pm, 28 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]