Motivasi Bekerja, Sentiasa Dijaga | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» ARTIKEL » Motivasi Bekerja, Sentiasa Dijaga

Motivasi Bekerja, Sentiasa Dijaga

SERDANG, 1 April 2022 – Pengurusan stress staf adalah antara komponen utama dalam memastikan kualiti kerja sesebuah organisasi. Oleh yang sedemikian, Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) akan sering mengadakan siri perkongsian/ aktiviti yang berbentuk memberi kesedaran kepada staf berkenaan pengurusan stress kendiri. Pemantapan Sahsiah Pekerja: Syoknya Bekerja! bersama Puan Rafidah Sarafudin, Pegawai Psikologi di Hospital Pengajar UPM, telah menjadi satu sesi yang interaktif dan informatif kepada semua yang menghadirkan diri. Seramai 35 orang staf SPS telah menyertai perkongsian yang dijalankan secara atas talian ini. Pelbagai agenda seperti sesi soal jawab (Q&A) dan kuiz berkaitan pengetahuan asas pengendalian stress, telah dijalankan sepanjang program. Adalah diharapkan bahawa kesihatan mental ahli SPS akan turut dijaga agar motivasi mereka akan terpelihara dalam berkhidmat dan memberikan yang terbaik kepada para pelajar.  

Tarikh Input: 28/04/2022 | Kemaskini: 08/06/2022 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEaEAW~