Sesi Taklimat Pelajar Pascasiswazah Baharu | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» ARTIKEL » Sesi Taklimat Pelajar Pascasiswazah Baharu

Sesi Taklimat Pelajar Pascasiswazah Baharu

Pada 23 Oktober 2021, Sabtu, Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah melaksanakan sesi taklimat bagi pelajar baharu pascasiswazah yang telah mendaftar bagi Semester Pertama Sesi 2021/2022 secara maya dengan jayanya menggunakan aplikasi Zoom. Oleh kerana sekatan negara, platform Zoom Meeting hanya disediakan untuk pelajar pascasiswazah China. Semua pelajar pascasiswazah baru (kecuali pelajar dari China) menghadiri sesi taklimat melalui Facebook SGS secara langsung di https://www.facebook.com/sgsupm. Hampir 1000 keseluruhan jumlah pelajar pascasiswazah bahar hadir sesi taklimat tersebut.

Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dekan dan diteruskan dengan taklimat dan penjelasan oleh Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah mengenai perkara-perkara yang meliputi perspektif berikut: akademik, tesis, hal ehwal pelajar, sokongan pembelajaran, bantuan kewangan dan mobiliti.

Pelajar turut diperkenalkan dengan Persatuan Pelajar Antarabangsa UPM (UPMISA). Persatuan Pelajar Antarabangsa UPM ditubuhkan untuk meningkatkan pengalaman pelajar antarabangsa di UPM dan memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi pengalaman, rangkaian dan berintegrasi dengan pelajar-pelajar lain.

Semua pelajar diberi peluang bertanya soalan untuk lebih faham tentang taklimat dan penjelasan yang telah disampaikan melalui ruang komen Facebook SGS dan Zoom chat box. Taklimat itu bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Tarikh Input: 26/10/2021 | Kemaskini: 01/11/2021 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXDdBA5~