Tips Dan Langkah Persediaan Menghadapi Banjir | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» ARTIKEL » Tips dan langkah persediaan menghadapi banjir

Tips dan langkah persediaan menghadapi banjir

Musim tengkujuh sering datang tanpa diduga, dan banjir boleh mengganggu perkhidmatan penting serta membawa risiko penyakit. Untuk memastikan keselamatan diri, keluarga, dan harta benda, persediaan awal amat penting supaya tiada berlaku benda yang tidak diingini

1. Simpan Dokumen Penting dan Barang Berharga dalam Bekas Kalis Air
Dokumen seperti kad pengenalan, sijil, serta harta bernilai harus dilindungi daripada air. Simpan semuanya dalam bekas kalis air atau di lokasi tinggi yang selamat untuk memudahkan penyelamatan jika berlaku banjir.

2. Simpan Air Bersih Cukup untuk Minum dan Mandi
Banjir sering menyebabkan bekalan air paip tercemar. Oleh itu, penting untuk menyimpan bekalan air bersih secukupnya untuk kegunaan harian, terutama jika anda mempunyai warga emas atau bayi di rumah.

3. Ketahui Lokasi Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Terdekat
Pastikan anda mengetahui lokasi pusat pemindahan atau bantuan yang berhampiran melalui pihak komuniti atau majlis tempatan. Persediaan awal membantu tindakan pantas jika terpaksa berpindah.

4. Sediakan Peralatan Kecemasan Lengkap
Kit kecemasan perlu merangkumi pelbagai alat seperti pembalut luka, termometer, selimut kecemasan, sarung tangan, dan maklumat perubatan dan kenalan kecemasan ahli keluarga. Ini penting untuk menangani kecemasan kesihatan atau kecederaan semasa banjir.

5. Sediakan Powerbank bagi Kegunaan Kecemasan
Semasa banjir, bekalan elektrik sering terganggu. Powerbank dengan kapasiti tinggi penting untuk memastikan telefon pintar boleh dicas, yang penting untuk komunikasi dengan pihak berkuasa atau meminta bantuan.

6. Bersiap Sedia untuk Berpindah Mengikut Arahan Pihak Berkuasa
Sentiasa peka dengan maklumat cuaca dan tahap air sungai di kawasan anda. Jika hujan lebat berterusan dan risiko banjir meningkat, bersiaplah untuk berpindah mengikut arahan pihak berkuasa—tindakan awal dan pantas boleh menyelamatkan nyawa.

7. Dengarlah Hebahan Semasa dari Media dan Agensi Kerajaan
Kemaskini maklumat melalui media seperti radio, televisyen, aplikasi rasmi (contohnya MyPublic InfoBanjir), dan agensi kerajaan atau Bilik Gerakan Banjir. Ini membantu anda membuat keputusan cepat serta responsif terhadap situasi semasa.

 

Sources: thelorry.com 

Tarikh Input: 07/05/2025 | Kemaskini: 11/08/2025 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
F, (06:04:11am-06:09:11am, 21 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]