Buat Senarai ‘’List to do’’
Cara ini mungkin Nampak seperti cara yang kuno. Tetapi, dengan menyenaraikan semua perkara yang harus dilakukan akan membantu anda tetap fokus semasa bekerja dari rumah, dan juga memberi anda titik permulaan pada awal setiap hari. Senarai itu akan berfungsi sebagai peringatan harian tentang apa yang harus dilakukan.
Ruang Bekerja Khas
Pilih tempat di mana anda selesa untuk bekerja. Ruangan ini dikhaskan untuk bekerja sahaja, seperti pejabat di rumah. Pastikan ruangan tersebut mempunyai peralatan yang lengkap untuk bekerja termasuklah komputer, pencetak, peralatan untuk video conferencing, kertas, pen dan sebagainya. Apabila ruang kerja anda kelihatan seperti pejabat, lebih senang untuk anda kekal fokus.
Pastikan hari anda berjadual
Tetapkan waktu bekerja anda pada masa yang anda yakin boleh fokus dan produktif dalam bekerja. Ini sangat penting untuk terus fokus semasa bekerja dari rumah. Beritahu ahli keluarga dan rakan yang baik bahawa walaupun anda berada di rumah, anda tidak mempunyai masa untuk bersosial tanpa had. Sebagai gantinya, berbual dengan mereka sebentar semasa waktu rehat anda untuk meningkatkan semangat. Dan tetap mengikut jadual dengan benar-benar bekerja pada waktu yang telah anda dedikasikan untuk tugas anda.
Hadkan Penggunaan Media
Memeriksa telefon bimbit anda secara berkala mengurangkan fokus dan menjadikan anda pekerja yang kurang produktif. Lebih lagi semasa pandemic, berita-berita mengenai virus covid-19 juga boleh membuat anda cemas, yang seterusnya membuat anda kehilangan fokus pada pekerjaan anda. Untuk mengelakkan perangkap ini (dan menjaga kesejahteraan mental anda), cubalah cara ini,
Tetapkan Pemasa pada Telefon Anda - Semasa anda duduk di meja anda, notifikasi aplikasi WhatsApp sering menarik perhatian anda. Untuk mengelakkan anda terganggu, tetapkan timer pada telefon anda selama beberapa masa yang anda perlu focus pada kerja, matikan notifikasi, dan kemudian letakkan telefon bimbit anda jauh dari pandangan. Timer bukan sahaja membantu mengatur masa anda, tetapi juga peringatan bahawa anda tidak seharusnya melihat telefon anda.
Sumber :
Tarikh Input: 30/10/2020 | Kemaskini: 31/10/2020 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203